Terima kasih admin. Salam sayang warga krt.
Saya tidak pasti samada hal yang saya akan ceritakan ini adalah masalah kecil @ besar. Ataupun ia bukan suatu masalah melainkan ujian dalam rumahtangga saya. Yalah…sebab saya baru mendirikan rumahtangga 3 bulan.
Suami saya sangat baik. Beragama. Lemah lembut. Belum pernah berkasar dan meninggikan suara kepada saya. Dia akan diam bila saya marah Sampai tahap saya menjerit memukul tangannya pun dia tidak membalas kasar dengan saya. Sebaliknya terus memujuk lembut agar saya reda dari kemarahan. Dia suka manjakan saya. Sampai tahap jika saya penat, dialah yang masak dan cuci piring. Jika saya malas, dialah basuh baju sendiri. Saya tidak reti masak. Dia makan apa saya hidangkan tanpa merungut. Walau hanya makanan dalam tin yang saya x panaskan…dia telan saja. Kami tinggal bersama keluarga saya. Dia disukai oleh semua ahli keluarga saya kerana sangat menghormati dan rajin membantu semua kerja di rumah. Dia memang seorang penyayang. Hingga ibubapa saya dia sayang dan perlakukan dengan sangat lemah-lembut dan beradab. Boleh saya katakan….dia sangat sempurna dalam hal ini. Kalau orang lain kata…alaaa…itu baru permulaan perkahwinan. Tidak…..sikap dia ini diakui oleh semua rakan dan orang yang mengenalinya.
Tetapi…..
Dia bekerja tapi tidak berduit. Hutang bank yg membelenggu dia terlalu banyak. Sampai tahap gajinya “0”. Dia tiada apapun aset. Sayalah yang menanggungnya sepenuhnya. Setakat ini, sy belum pernah merasa duit hasil titik peluhnya. Dia terlalu pemurah dan dalam masa yang sama juga boros. Saya percaya ada antara hutang2 yang dia buat dulu adalah untuk ahli keluarganya. Duit yang saya beri kepadanya sukar tersimpan dengan cermat di tangannya. Duit sudah tinggal sedikit di tangan pun dia masih boleh belikan orang lain makanan. Lepastu minta semula duit kepada saya. Itu yang buat saya tekanan. Maksudnya, dalam perkahwinan ini, sayalah yang kena sediakan keperluan makan minum, rumah, kereta dan berkaitan dengannya. Hutangnya akan habis…ya…tapi perlu bersabar dalam tempoh beberapa tahun dan berbelas tahun. Saya tekanan sekarang sebab menanggung keperluannya. Itu belum lagi jika ada anak nanti. Bila saya menyuruhnya cari kerja sampingan….liat sungguh. Malas!!! Bila saya sudah mengamuk baru terhegeh-hegeh keluar rumah cari kerja sampingan.
Wahai warga krt….
Adakah perkara yang saya telah ceritakan ini adalah suatu masalah besar @ hanyalah ujian dalam rumahtangga saya? Saya terfikir mahu berpisah tetapi adakah berbaloi? Takut nanti selepas itu saya dapat suami yang mungkin berduit…tapi kaki pukul ka…atau yang tidak sayang saya macam dia sayang saya. Saya yakin kewangan kami akan bertambah pulih tetapi saya tidak tahu adakah saya mampu bertahan menghadapinya dalam tempoh bertahun-tahun. Mohon nasihat dari semua. Saya hanyalah orang baru dalam kehidupan berumahtangga.