Sebab saya pakai FB adik saya. Jangan kecam FB dia pula. Okey lah. Macam ini cerita, saya sudah berkahwin. Kahwin muda 19 & 20. Kami kahwin sebab sudah terlanjur. Minta maaf ya pembaca. Saya pun manusia, jadi jangan lah kecam. Tetapi alhamduillah sekarang hubungan kami sudah halal dan terjalin semalam 4 tahun dan mempunyai anak. Keluarga belah suami amat baik2 dengan saya. Tapi keluarga belah saya, tidak dapat terima saya dan buang saya. Tetapi saya terima dengan redha.
Masalah saya sekarang, saya tidak pastilah. Adakah ini balasan saya atau dosa saya lepas, saya membuat dosa besar. Sebab suami saya suka pukul saya, mula2 saya dapat terima pukulan demi pukulan. Lama-kelamaan itu seperti menjadi satu habit kepada suami saya untuk memukul saya setiap apa salah saya buat.
Apa patut buat? Report polis? Sudah pernah saya buat tetapi saya tarik balik sebab kesiankan suami. Dia janji tidak mahu buat lagi. Apa lagi saya tidak buat? Lari? Saya pernah lari. Selama 4 hari, suami saya menangis2 merayu minta saya balik dan janji tidak mahu buat lagi. Tetapi malangnya setiap kali saya percayakan dia. Saya bagi dia peluang. Dia balas dengan sepakan, terajang, tamparan tidak cukup dengan itu dia tambah lagi dengan kata2 makian.
Sampai la sekarang 2018. Saya tidak tahu hendak buat maacm mana sudah. Saya bingung dan keliru. Sebab suami saya ini lepas dia pukul2 saya. Dia akan sayang2 saya balik. Dia tuam2 balik semua lebam2 saya, urut2 balik badan2 saya yang sakit. Lepas itu minta maaf sampai menangis. Saya jadi serba salah, kadang2 dalam hati terpikir.
Dia ini hendak apa sebenarnya? Dia sayang aku tetapi pukul aku. Kadang2 bila mood dia baik Apa saja saya hendak dia akan belikan Apa saya hendak makan dia akan masakkan Saya tidak tahu apa patut saya buat. Dengan sikap dia macam ini. Saya keliru. Saya tidak tahu hendak mengadu kepada siapa sebab saya tiada kawan yang betul2 boleh panggil BFF.
Family memang sudah buang saya. Saya kadang2 harap ada orang boleh tolong saya lari dari semua masalah ini. Saya dalam minggu ini, berapa kali sudah terfikir hendak lari tetapi risaukan anak. Saya tidak mahu tinggalkan anak saya. Sebab suami saya kadang2 dia marah dia selalu cakap, ’Aku tidak suka budak sebenarnya tetapi nasib dia anak aku saja’. Kalau saya, kata2 makian itulah jadi makanan hati saya hari2.
Masak tidak sedap, maki. Lambat buat kerja, maki. Baju basuh tidak wangi/ kotor, maki. Baju iron tidak cantik, maki. Lepastu kalau ada annual dinner dekat tempat kerja, memang dia tidak bagi pergi sebab dia kata saya hendak pergi menjalang. Lepastu suka banding2kan saya dengan perempuan lain. Cakap itu lah ini lah. Bila saya cakap tidak boleh ke terima seadanya. Dia akan cakap,”’Ayat itu zaman dulu boleh lah pakai, kalau zaman ini pakai. Pergi mmpus lah kau.
Dah buruk2, buruk selamanya’’. Apa patut saya buat? Lebam2 macam sudah satu lukisan kan badan saya. Kata2 makian sudah macam satu lagu hari2 saya dengar. Apa patut saya buat? Saya kadang2 kena pukul sampai sudah tidak mampu hendak menangis. Saya hendak lari bawa anak saya. Hendak cari satu rumah.
Cukup untuk anak saya supaya dia hidup selesa tetapi saya kena cari pengasuh. Hendak buat semua itu dalam masa singkat. Memamg susah sebab saya tidak ada kawan2 yang hendak tolong. Saya tidak ada tempat hendak berharap sudah. Sekarang ini saya bersabar pun sebab kesiankn anak saya.
Saya tidak sanggup tengok anak saya hidup dalam keadaan yang tidak selesa sebab saya. Apa patut saya buat sekarang? Wahai para pembaca KRT, boleh bagi pendapat positif. Apa patut saya buat, lari ? Report polis? Sudah. Sampai 2 kali tetapi polis tidak boleh buat apa. Saya sudah tiada tempat hendak mengadu. Kalau hendak diikutkan panjang lagi cerita saya, tetapi saya singkatkan. Terima Kasih.




