salam hide profile saya. assalamualaikum warga krt.saya berumur 29 tahun dah berkahwin.dan sekarang mengandung 8 bulan. masa zaman remaja saya, saya seorang yang berdikari, bekerja dengan gaji yang cukup lumayan. selepas berkahwin, saya tak berkerja, saya cuma niaga online, walaupun tak seberapa tapi adelah jugak seminggu dapat rm200 lebih kadang rm100 lebih. Alhamdulillah pun saya bersyukur. Saya ada seorang suami yang penyayang. tapi. dia seorang yang jenis harapkan isteri.,Apa apa tanggungjawap dari segi beli barang rumah,,barang dapur, barang peribadi semua guna duit saya.,Dia cuma bayar sewa rumah.,Bayar bil api, saya, bayar bil air saya,,bayar wifi pun saya. Bayang kan lah betapa saya rasa beratnya saya nak pikul dengan pendapatan niaga online yang tak sampai pun mencecah rm1000.
Keperluan persiapan baby saya, saya sendiri semua beli baju, pampers, semua saya yang sediakan, sebab saya tahu dia tak akan beli apa apa keperluan jadi masa saya tahu saya mengandung, saya dah mula beli sikit sikit. Selama saya dan dia berkahwin, saya tak pernah lagi dapat duit nafkah. Saya pun tak pernah tanya hal nafkah duit saya. Dia selalu mengadu dia penat kerja, dia letih kerja, dan selalu paksa saya buat niaga cari duit banyak banyak untuk bantu dia. Ya memang saya bantu dia. Tapi hari ni, dia putuskan untuk berhenti kerja sebab dia cakap penat dan letih. Dah tak larat nak kerja. Bila saya cakap,,kerja la nanti siapa nak bayar sewa rumah.,Dengan tak rasa bersalah dia kata suruh saya buat niaga online hari hari cari sales,,untuk bayar sewa.,Masa dia cakap macam tu Allah dalam hati ni beratnya rasa kat bahu ni. Macam semua tanggungjawap di alihkan pada saya.
Saya menangis, menangis dan terus menangis. Saya terus jadi diam, dan selalu termenung. Saya mengenang nasib saya kenpa harus jadi macam ni.,Jujur saya katakan, dah lama saya tak merasa membeli baju selama saya berkahwin, Nak beli perfume sebotol pun saya dah rada tak mampu.,Walau dulu masa zaman remaja saya, perfume saya semua branded sebulan saya habiskan untuk barang peribadi saya RM300-RM500, Saya dah banyak berkorban untuk dia, dari segi masa depan saya. kerjaya saya. Saya pernah ditawarkan bekerja di europe dengan gaji yang besar. Tapi saya tolak tawaran tu disebabkan suami saya tak izinkan.
Akhirnya saya putuskan untuk mencari kerja dengan keadaan yang dah sarat 8 bulan sebab mulai bulan depan saya kena bayar bil bayar sewa rumah beli keperluan dapur barang pantang saya dengan saya nak melahirkan lagi. Doakan saya kuat ye warga krt,Saya tak tahu apa fungsi suami saya sekarang ni. Dengan tak kerja,,bila saya cari kan dia kerja, dia kata dia dah penat kerja. Awak je buat sales cari duit Allahuakbar. andai lah orang tua saya tahu mesti diorang menangis anak perempuan dia kene buat macam ni. Sedangkan ayah saya tak pernah merungut untuk membesarkan kami. Terima kasih dengar luahan hati saya..