Salam admin.. tolong hide profil saya.. tq.
Saya nak cerita kisah saya.. saya dah 3tahun kawin belum di kurniakan zuriat lagi.. suami saya dah ada anak 2orang bekas isteri dia yang jaga.. cerita dia macam ni, dulu suami saya kerja gaji tinggi amount dalam 6k sebulan. bekas isteri minta sorang 2k untuk nafkah, tapi mahkamah putus kan 2k untuk 2 orang. Tapi allah dah tentukan rezeki kami.. selepas setahun kawin syarikat suami saya bnyak buang orang kerja termasuk la suami saya pun kena. Tapi sebulan lepas tu alhamdulillah, suami saya dapat kerja baru, tapi gaji rendah dr yang sebelum nya sebulan dapat 4k je..
Pada masa tu jugak nafkah untuk anak2 suami suami kurangkan atas sebab suami banyak kena tanggung komitmen bayar kereta rumah sewa kami lagi. Lagi satu suami saya bnyak sangat hutang2 sebelum kami kawin. So suami hanya dapat bagi 1k tuk nafkah anak2 dia. Tapi bekas isteri suami saya selalu saja bising. Dia kata tak cukup nafkah 1k sebulan untuk anak diaorang. Lagi satu kalau nak pergi klinik atau beli buku dan segala macam, bekas isteri akan minta duit kt suami, kalau ada duit suami akan bagi, kalau takde bekas isteri marah2 dengan suami.
Dia cakap saya yang hasut suami. Saya bekerja sendiri min, duit gaji suami saya habis untuk bayar hutang dengan nafkah anak2 dia. Saya cuma minta bayar duit rumah je. Duit makan saya la yang akan top up mana yang takckup. Anak2 suami sekolah swasta. Bekas isteri bgtau suami yang duit nafkah tu cukup2 tuk bayar duit yuran sekolah je. Ye la min, suami tak cukup duit, apa nak bagi kat dia. Saya tak pernah tanya duit dia pun. Sebab perbelanjaan saya, saya mampu beli sendiri..
kadang suami minta duit saya untuk bagi nafkah bulanan kat anak dia. Tapi saya tak nak bagi, sebab bekas isteri dia. Tapi kalau anak2 dia datang rumah kami, saya tak pernah kedekut dengan anak2 dia kadang saya belanja diorang mainan. Tapi bekas isteri suami tak pernah puas hati dengan saya. Ada pernah sekali dia cakap, dia tak suka anak dia bercampur dengan saya, sebab tu dia tak bagi anak2 dia tidur rumah kami. Saya kadang2 kesian dengan suami, sebab bekas isteri buat suami macam takde hak atas anak2 diorang.
Walaupun suami tak cukup bagi nafkah, tapi suami tak pernah miss bagi duit kat dia. Lagi satu bekas isteri selalu mengadu dekat adik beradik suami, bagi tau yang suami tak bagi duit nafkah kat anak dia.. saya tau sebab saya terbaca kat hp suami. Sampai dia bagi tau kat anak dia pun yang suami saya tak bagi nafkah. Anak suami yang sulung umur 12 tahun, yang kedua umur 7 tahun. Kadang2 anak2 dia bagi tau kami apa yang mak dia ckap pasal saya. Tapi bila di tanya bekas isteri suami tak pernah mengaku. Dia ckap anak dia pandai menipu ikut perangai suami.
Sampai sekarang dah 3 tahun min, ayat dia benda yang sama je. Oh yaa bekas isteri tu dah kawin jugak ye, bukan janda. Alhamdulillah rezeki dia dah ada anak 2 orang. Tapi saya tak tau apa yang dia tak puas hati dengan saya. Dia kata saya ni jahat, selalu berlakon baik depan orang. Saya tau min, saya tak baik. Tapi saya tak de masa nak berlakon baik. Kalau saya nak huraikan semua cerita smpai esok tak habis min. Setakat ni je la saya share kisah saya.
Untuk bekas isteri suami. Saya tau saya ni orang miskin, bukan keturunan orang yang kaya dan berilmu macam awak. Tapi jangan la kerana awak tak suka saya, sampai awak nak halang suami jumpa anak2. Kalau kami jahat, macam awak cakap, dah lama kami tuntut kat mahkamah sebab awak halang suami jumpa anak2. Kalau saya jahat, mungkin anak2 awak akan balik kat rumah awak bukan dalam keadaan elok n sihat. Last min, dulu dia ckap saya b0m0h kan suami, sebab tu suami nak kan saya. Dia cakap tak mungkin suami suka saya sebab saya tak cantik, tak berharta dan tak,berpelajaran tinggi. ye la min saya belajar setakat spm je min.. hihi. Beza umur saya dengan suami pun jarak 12 tahun.