Assalamualaikum. Min tolong sembunyikan identiti saya ya. Saya seorang Jurutera yang bekerja di Johor tetapi gaji saya dibayar oleh syarikat di Singapura. Setiap bulan saya menerima hampir RM27,xxx. Alhamdulillah rezeki saya lebih dari mencukupi. Setiap bulan saya kirim pada keluarga di kampung dan juga beri nafkah pada isteri dalam RM600 sebulan. Untuk sara hidup keluarga api air makan minum dan lain lain belanja rumah, tidak termasuk dalam RM 600 itu. Itu saya beri dia untuk dia berbelanja apa yang dia suka.
Masalahnya Min.. isteri saya ni jenis tak reti berbelanja untuk diri sendiri. Saya suruh beli baju baru dengan duit saya pun dia kata “tunggu sale la bang”. Tapi bila dah ada sale.. dia tak beli pun. Hmm..
Lepas tu tiap kali hari jadi ke, ulang tahun perkahwinan ke, saya kerap bawa dia ke kedai-kedai yang agak berjenama ekslusif… saya suruh dia pilih yang mana dia berkenan. Dia kata ada yang berkenan, tapi “bang nanti kita pergi oversea, sata beki dekat duty free ya” sambil tersenyum.
Memang tiap tahun kami akan ke oversea tapi bila dah sampai kat duty free dia kata hmm takpe la bang yang saya ada ni masih guna lagi. Dah tu sampai ke sudah saya tak terbelikan hadiah untuk dia… dan simpanan nafkah bulanan rm600 yang saya beri tu pun dah cecah ribu-ribu dalam bank dia. Mungkin salah saya ke Min? Tak pandai belikan hadiah untuk isteri? Mungkin dia nak yang special dari saya ke Min? “Bertuah awak kan, dapat isteri yang tak perlukan banyak belanja?” Senyum dia pada saya.