Assalammualaikum admin. Hidekan profile saya. Saya berkahwin dengan suami tak sampai setahun lagi. Suami orang selatan tanah air. Kami berkawan tak lama sebelum ambil keputusan untuk berkahwin. Kehidupan kami selepas kawen biasa2 sahaja, kami bahagia walaupun hidup serba sederhana. Masalahnya apabila balik kampung mertua. Orang cakap biar rumah tak besar asalkan bersih. Tapi lain pula keadaan di rumah mertua. Adik beradik suami memang ramai, bawah suami je ada 7 orang adik, suami anak ke 2.
Yang jadi masalahnya diorang terlalu pengotor. Bayangkan tiap kali nak masuk tandas ada taik kat lubang tandas Sampai saya tak sanggup nak guna tandas kat rumah tu, kencing tak siram tu perkara biasa dah. Lepastu diorang bela kucing, dalam belas2 ekor jgk. Dengan berkurap, bulu gugur, berak kencing bersepah. Bila masuk rumah je bau hancing. Penah sekali masa nak makan, ada seketul bulu kucing dalam sayur, terus hilang selera makan. Ada sekali tu, tengah makan mak mertua pukul kucing guna tangan makan, pastu tak basuh dulu terus sambung makan.
Pastu saya minum air kopi diorang buat, ingat kan ape lah dlm mulut rupanya lalat, sejak dari situ saya beli air mineral buat minum kat rumah tu. Tiap kali balik kampung suami, barang2 mandi, toto, bantal, selimut saya bawak dari rumah. Bayangkan, bantal kat rumah diorang tak bersarung, cadar tak penah tukar. Berpeta dan berbau semuanya. Pinggan mangkuk tayah cakap, kalau nak guna kena basuh balik sebab diorang cuci tak bersih. Mesti ada sisa2 lagi kat pinggan tu. Haritu masa mula2 datang rumah suami, macam kesian sebab pinggan mangkuk tak cukup, gelas tak cukup. Saya pun belikan barang2 tu semua. Rupanya bukan suami tak pernah beli, tapi diorang jenis tak reti jaga barang.
Sorang campak sana, sorang campak sini. Lepas tu nak guna semua tak cukup, sudu takde, pisau takde. Sebab tu suami banyak kali cakap tak payah beli pape kat rumah tu, kejap je jahanm. Tv berapa kali beli sebab rosak. Katil roboh, motorsikal 2 biji tersadai. Sebenarnya family suami org susah. Tapi entah la kenapa tak reti sayang barang, padahal dah tahu susah nak dapat benda tu. Paling saya terasa hati, haritu mak saya bagi baju suruh sedekahkan kat family mertua. Saya baru je bagi,depan saya diorang guna buat lap lantai. Yang sorang tu pegi ambik skirt baju kurung potong buat tali ikat bendera, bila saya tegur mak mertua bole cakap ala tak pe lah, skirt je pun.
Sebab tu lah saya tengok dia asyik pakai baju kurung dengan seluar rupanya skirt dah tak ade. Adik bongsu suami jenis yang hyperaktif, sangat2 nakal dan degil. Bayangkan baru je beli alas meja makan, dia ambik pisau toreh mcm tu je. Baju tayah cakap, tiap kali nak pergi jalan takde baju baru, pakai baju buruk je dgn kasut sekolah. Bukan kami tak belikan tapi jenis yang takleh simpan barang. Asyik nak pakai baju baru je. Haritu tiap kali balik kampung mesti belikan selipar, baju. Tapi tak sempat kami balik kl selipar dah putus. Pastu pergi mana2 pakai kasut sekolah balik.
Kadang2 malu bila bawa jalan pakai selekeh je, Tapi penat nak beli, diorang tak reti syang brg. Dah nasihat mak mertua brg2 baru beli simpan pakai nanti nak jalan. Dia cakap budak2 ni mengamuk. Suami selalu bising kat diorang, tapi tak makan saman. Haihhh. Untuk pengetahuan, adik beradik suami ada 2 orang yang buta huruf sebab sekolah sampai darjah 6 je. Adik laki suami ada 4 orang, umur 12, 20,21,22 tahun dan 3 org adik perempuan umur 7,17, 25 tahun. Kat kampung, Adik perempuan suami yang umur 25 tu je yang keje 3 org masih sekolah dan 3 org adik laki umur 20 21 22 duduk rumah tanam anggur, cari duit untuk beli rokok je, makan mak mertua tanggung.
Haritu, Adik laki suami yang umur 20 dan 21 terlibat main dadah kt kampung, dan sebab tu lah kami ambik keputusan untuk bawak diorang ke kl tinggal dgn kami. Start dari situ hidup kami suami isteri kucar kacir sikit, selalu gaduh. Macam mana saya tak marah, perangai pengotor diorang bawa ke rumah saya pulak. Berak, kencing tak siram, pinggan basuh tak bersih. Badan diorang tayah cakap la dengan berbau, kurap sana sini, gigi tak gosok. Saya bagi berus gigi sorang satu pun tak berus jugak. Pastu susah nak carikan keje sebab tak reti baca. Hari tu terlupa nak kunci pintu bilik, licin duit dalam wallet suami. Bila tanya sape yang ambik tak ade yang mengaku.
Hurmmm dah macam2 benda saya cuba buat untuk ubah perangai diorang. Tapi tetap tak jadi. Kucing kt rumah diorang saya suruh suami kurangkan, ok haritu dah kurang. Tapi ambik lagi kucing lain.
Saya belikan selipar tandas, diorang ambik pakai kat luar. Kadang2 rasa tak nak balik je kampung suami, tapi saya bukan jenis yang selfish. Kalau korang ada tips untuk kami ubah perangai diorang share kat komen ya. Dan doakan saya terus sabar.