Asalamualaikum admin dan semua warga krt. Saya baru 3 bulan berumah tangga.. saya dan suami kerja di luar negara kami kawin di luar negara dan sekarang kami balik malaysia, kami bercuti sampai hari raya nanti, di malaysia kami tingal di rumah suami kerana suami juga ada rumah sendiri walaupun kecil tapi bolehlah.. saya pula sekarang tengah hamil sebulan lebih. Ni kali pertama saya berpuasa dengan suami.. puasa pertama kami beli di bazar, dan puasa kedua pula mil balik2 call suruh kami berbuka puasa di rumah mil.. Suami ajak sekali, ya saya ikut sahaja, ni adalah pertama kali saya jumpa mil dan makan di rumah mil. Ya Allah, tak sangka mil saya jenis pengotor, basuh sayur tak bersih, dapur berminyak, dan paling jijik mil masak kaki ayam bluekkkkk saya rasa macam nak termuntah…
Masa berbuka puasa saya hanya minum air bunga yang dalam kotak saja. Makanan lain saya tak boleh nak sentuh. Itu belum lagi bab Tandas rumah mil di luar rumah, kotor dan saya geli nak masuk dah tu mil suka pegang2 perut saya tangan mil sangat kotor.. Saya bukan apa min, mak ayah saya jenis pembersih, se ekor semut pun kami x mahu ada dirumah, ini kan pula segunung kuman. Dan hari ni suami ajak lagi saya berbuka dirumah mil. Apa perlu saya buat?