Assalam..min, hide profile.
Nak tnya, ape prsaan sbg isteri, bila ada gaduh sikit je, suami ugut nak ceraikan. Gaduh sikit je nak cerai. Lagi2 klau pasal mak dia mertua saya Sblum ni sy dah pnah post pasak suami lebihkan mak dia je tiap masa. X pernah nak jaga hati sy dlm semua perkara. Sungguh saya makan hati tiap masa. Hari ni plak, sy dan suami blik rumah mertua. Cuaca panas sgt hari ni wlaupun dah petang. Time minum petang, kipas meja sy buka. Biar semua org y ada kne angin kipas tu.
Lpas tu, tinggal lah sy dan mertua dok sembang2. Dlm jarak 2 meter mcm tu. Tiba2 suami datang, pusing kipas ke arah mak dia sorang. Biar kipas tu statik je kne mak dia sorang. Katanya mak panas. Kesian mak. Dah tu sy ni x panas ke? Bukan nak dengki. Tapi fikir logik la. Dah la kerja dapur sy y buat. Ke hulu ke hilir bergerak. Mestilah panas. Tpu dia x endah. Sy sakit hati. Sy bgi isyarat sruh pusingkan kipas. Lgsung dia x pduli.
Sy pun masuk ke bilik. Hati dah trguris. Rasa trhina pun ada. Sebenarnya hal y berlaku tadi kecik sgt. X sepatutnya sy kecik hati. Tpi sbb sy dah lama pendam tentang masalah2 lain y dah berzaman dlm otak ni, sy jadi sensitif. Mudah kecik hati. Mmg selama ni suami sy selalu lebihkan mak dia. X kira dri segi layanan atau makan minum. Kadang2 tu dia sngup tingal isteri tido sorang2, dia tidur dgan mak dia.
Bila kt rumah mak dia, dia suka arah saya macam bibik dan Buat kerja macam2 untuk puaskan hati mak dia. Sungguh sy rasa x tahan sgt2 dah.Duit x de pun sangup berhabis utk mak dia, sedangkan nafkah bulan2 dah bagi. Bila x de minta duit ngn sy. Sy ni hutang keliling pinggan dah nak survive kami laki bini. Tapi dia x pernah rasa dia ada hutang. Semua sy y tanggung.
Pasal kipas tu tadi, terus dia cakap
” Kau ni hati busuk betul lah dengan emak pun kau nak berkira, nak dengki isteri jenis apa kau nih..kau buat lagi perangai aku x heran la nak ceraikan kau..aku x heran..dasar perempuan hati busuk”
Allahhh…
Sedih y amat2 sgt. Padahal ini bukan kali pertama dia berkasar, dah selalu sgt. Walaupun dah lali dgn kata2 dia, tetap sedih dan kecik hati. Perkataan cerai tu mcam mainan je bgi dia. Sy sabar je slama ni. Tetap pertahankan rumahtnga. Kali ni rasa x kuat sgt dah.
Pada pembaca semua.. jika kalian kt tempat sy, apa tindakan kalian??? Tetap bertahan atau berpisah.. kami kawen baru 3 tahun. Tapi hati ni rsa x kuat dah nk bertahan. Penat jaga hati org sedangkan hati sndiri x penuh suami sndri peduli. Suami bab laik ok. Tapi bila bab mak dia. Dia sngup je pijak2 hati isteri sndri, asalkan hati mak dia gembira dan bahagia. Sungguhhh..sy dah lama makan hati tntang ni. Bende kecik pun boleh jadi besar kblkngan ni, sbb sy dah lama sgt pendam. Kecik hati tu dah bnyak sgt2. Macam2 benda y sy dah kecik hati.
Mohon pandangan semua. Terima Kasih.




