BIAR AKU TERUS TERANG… wife aku ni special sikit orangnya, bukan special sebab dia kaya kaa, dia cerdik kaa, dia berjawatan tinggi kaa.. bukan semua tuu..dia ambil degree pon sekerat jalan jaa tapi dia special bagi aku sebab dia ada sakit misteri yg datang tiba2.. da mungkin ni adalah ujian bagi aku sebagai ketua keluarga..
wife aku ni, kalau stress atau marah sikit memang terus pengsan.. kalau pergi tempat ramai2 orang pon jadi pengsan tiba2 juga sesetengah tempat la… tu aku tak berani nak tinggal dia sorang2, tambah2 lagi dengan anak kecil ni.. lepas sedar daripada pengsan tu terus badan dia jadi lemah dalam 1atau 2 hari lepastu dan dia akan alami sakit kepala la, sakit perut la, letih laa, malas laa dan macam2 ..Aku dah puas pergi bawak berubat dengan, ustaz2 semua dah cuba tapi still sama.
kalau mula2 kahwin dulu perangai wife aku memang ‘special’ gilerr,. cepat sakit, cepat lemah, cepat menangis, cepat terasa,cepat merajuk,cepat marah dan cepat pengsan tak kira masa,. sampai aku terduduk tak tahu nak buat apa, kadang2 aku sampai terasa tak boleh nak terima semua tu tapi bila kelamaan ni aku jadi biasa dah dengan perangai ‘special’ dia tu dan aku bersyukur dengan nikmat & ujian ni ..
So, korang jangan lah anggap aku ni takut bini ke apa sebab tak datang program/lepak dengan korang.. cuma buat masa sekarang aku ada komitmen yang tinggi untuk jaga keluarga aku dulu. Aku buka kedai pon untuk wife aku juga, aku tak harap sangat dia kerja dekat tempat lain..aku bimbang penyakit misteri dia tu datang menyerang tiba2.. ye lah, kalau kerja dengan majikan ni paham2 la dia punya tekanan macam mana kan?
So, better wife aku tu jaga kedai dia sendiri mudah.. boleh dia nak create macam mana kehidupan dia tanpa ada bebanan daripada luar..Last but not least, walauapapun yang terjadi kat wife aku.. InsyaAllah aku akan still love her forever and ever till jannah..itu tanggungjawab aku sebagai suami..p/s: cuma masalah aku sekarang aku tak pandai nak memasak, nanti kalau wife aku sakit aku tak tahu lah nak suruh siapa masak nih.. kadang2 maggi aku buat pon rasa tawar jaa.. haha
Hamba Allah Yang Lemah Sangat-Sangat




