Saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Kami suami isteri bekerja.
Suami saya memang jenis yang tak bagi duit nafkah. Masa awal kahwin dulu ada bagi seratus ke dua ratus sebulan. Dulu kata tak cukup duit. Tapi sekarang dah bertahun lamanya tak bagi. Di rumah ni, bil letrik, saya bayar. Bil telefon saya, saya bayar. Makan, kalau saya yang ke pasar, saya bayar. Kalau suami ada sekali, baru dia bayar. Tapi bila pergi dengan dia, dia pesan siap-siap, jangan beli banyak. Baju saya, selalunya saya beli sendiri. Jarang-jarang sekali, ada dia bayar. Baju kurung, seluar, tudung dia tak pernah beli.
Kalau part penjagaan diri, supplement, nak cantik-cantik ke nak mekap ke semua kena bayar sendiri. Walaupun kita ni nak cantik untuk dia, bayar sendiri. Dia tak peduli semua tu. Cantik pun dia tak pandang. Setiap hari terima pujian daripada orang lain, tapi suami sendiri tak pernah puji isteri langsung. Pandang pun tak. Pandang handphone je. Saya sedih tapi saya dah redha. Sebab saya tak larat dah nak sedih untuk orang macamni. Saya dah tawar hati. Dah banyak sangat dah air mata jatuh tengok dia melayan betina dulu.
Saya start beli barang mekap dulu pun lepas dia kantoi masih berhubung dengan perempuab yang dia pernah berzna sebelum kami kahwin dulu, masa tu kami dah bertunang. Selepas kahwin pun masih berhubung dengan perempuan lain. Siap yang perempuan tak kisah jadi bini nombor 2. Ni semua kantoi lepas kami dah kawin. Bila kantoi dengan saya, dia tak mengaku tapi saya berkeras. Akhirnya mengaku tapi dia mengamuk sampai tolak saya ke dinding. Saya pernah mengadu kepada mak mertua, saya dah tak tahan. Mak mertua terkejut dan marah, tapi saya tak tahu apa yang dia nasihat kat anak dia ni.
Suami saya jenis baran. Kalau kantoi apa-apa dengan saya, saya yang akan jadi mangsa keadaan. Silap haribulan anak pun kena. Dah pernah terjadi, saya tengah dukung anak, dia marah sangat sebab kantoi dengan saya, dia tolak saya ke arah tandas. Saya hampir jatuh dengan anak kearah jamban. Nasib baik saya sempat berpegang pada dinding. Allah saya taktahu apa akan jadi pada anak yang masih baby ni. Setiap kali gaduh dia mesti akan nangis teruk. Sekarang dia dah makin besar, dia yg dimarahi ayah dia.
Berbalik pada nafkah. Loan rumah dan loan kereta, saya bayar separuh & suami bayar separuh. Nafkah batin, sebulan sekali. Kadang-kadang kalau saya merungut, sebulan 2 kali. Pernah masa lepas bersalin dulu, dia tak sentuh saya selama 8 bulan. Saya tanya kenapa, katanya takut saya tak sembuh lagi. 8 bulan? Tulang peha kalau patah pun dah bersambung, boleh berlari dah. Saya terfikir, boleh pulak dia tahan nfsu, sedangkan dulu tak tahan sangat sampai pernah berzna dengan beberapa orang perempuan. Ni boleh tahan sampai hampir 3/4 tahun?
Sembahyang pun di akhir waktu, selalu jugak terlepas waktu dan qadha. Pergaulan dengan staf di tempat kerja dia? Wallahua’lam. Tapi dah pernah kantoi dengan saya dia flirting dengan staf perempuan. Kenapalah wujud manusia yang suka menyondol ni. Sondol pulak jntan yang gatal.
Kalau nak ikutkan saya, saya boleh bawa diri. Saya boleh sara anak. Saya tak perlu manusia macamni. Nak buat kebajikan menyara lelaki yang tak menghargai kita, saya rasa macam orang bodh. Baiklah saya simpan duit tu daripada bela biawak hidup. Allah, berilah petunjuk.