Salaah ke saya benci abah saya sebab dia benci kan suami saya..?
Assalamualaikum admin, saya baru sahaja berkahwin dengan suami yang jelas sekali bukan pilihan keluarga namun pilihan hati saya. Suami berasal dari negeri yang amat tidak di sukai keluarga saya. Suami sekolah tak habis, hanya sampai tingkatan 3. Kerja pun biasa sahaja. Saya amat mencintai suami saya, kami bersama selama 10 tahun sebelum bernikah. Suami sentiasa ada bersama saya susah senang. Suami terlalu baik walaupun dia kerja tak bagus dan gaji tak tinggi.
Saya mempunyai ijazah sarjana muda Suami mungkin kelihatan seperti seorang yang tidak berapa sesuai untuk saya tapi demi Allah cinta saya pada suami melebihi segalanya. Abah benci suami saya. Dia benarkan kami bernikah walaupun dia tak rela. Saya tahu. Abah anggap suami punca saya berubah dan abah benci suami saya. Depan saya dia guna gelaran ‘abah’ bila bercakap dengan suami tapi banyak kali saya dengar dia guna ‘pak cik’ belakang saya.
Abah bangga kenalkan saya kat kawan dia sebab mesti akan dipuji cantik ikut abah sebab abah berdarah campuran. Dia taknk mengaku suami sebagai menantu dia depan kawan dia baru ni ada majlis yang abah anjurkan dan suami lah yang bertungkus lumus tolong dia sampai tak makan sehari suntuk. Hampir satu keluarga saya tak suka suami saya namun suami sabar dan diam katanya dia sedar diri dia.
Ya Allah, tabahnya hatimu suamiku sayang menghadapi kutukan dan hinaan orang. Hatimu terlalu mulia kerana menerima hukuman atas kesilapan yang awak sendiri tak buat. Berdosakah saya bencikan abah saya atas sebab dia bencikan suami saya?




