Salam admin. Mohon hidekan profile saya ya. Saya ingin dapatkan pandangan semua. Bukan tujuan untuk mengumpat tapi sekadar untuk luah perasaan dan cuba untuk dapatkn nasihat dari yang sudah lama berkahwin. Isteri saya ni boleh dikatakan agak homesick. Mungkin sebab selama ni duduk dengan family dia bertahun2. Jadi semua masalah memang dia yang akan tolong parent. Tempat mak atau adik beradik dia luah perasaan. Tapi lepas kahwin, homesick dia kadang2 sampai saya pun serba salah. Tiba2 dia nangis sebab rindu mak, adik2.
Saya penah cakap dengan dia, zaman moden ni senang nak communicate Pakai video call boleh dan memang dia selalu video call hampir tiap hari. Tapi kadang2 tu saya pun rasa macam tak senang sebab bila time dengan saya di rumah, or time malam masa untuk suami isteri berborak2 sama lepas keje or nak tido pun ada jgk video call. Rumah family dia lebih kurang 100km dari rumah kami. Kadang2 saya rasa tertekan nak pikir berapa kali sebulan nak kene balik rumah family dia. Wajib balik ke dua kali sebulan or tiap minggu or tiap bulan.
Prinsip saya lepas kahwin, kita kene mula hidup baru dengan suami dan anak kita. spend lagi banyak masa dengan suami anak. Masa weeknd la yang paling sesuai sebab weekdays kan keje dan tak dapat nak jalan2 dan spend masa dengan family. bukan niat saya nak jarakkn dari family dia tapi kadang2 kene la juga consider suami dan anak. Soalnya perlu ke balik rumah family sekerap mungkin sedangkn nak communicate zaman moden sekarang semua boleh.
Saya cuma harapkan bila dah kahwin ni bole selalu dengan isteri dan anak tempat kita nak bergembira, share problm kita lepas penat bekerja. Btw, isteri saya suri rumah. Saya suka bawa isteri dan anak jln2 holiday. Bila jadi macam ni, saya pun rasa serba salah dan bila mak mertua pernah cakap kami jarang balik lagi buat saya lagi serba salah. Tapi kami paling teruk pun mesti sebulan sekali or dua minggu sekali balik. Tq




