Assalamualaikum. Macam mane nak handle suami yang jenis berkira dengan isteri dan Anak2. Habis dia ungkit segala perbelanjaan ( makan pakai duit minyak tol balik kampung bini) yang dia pernah keluar kan pada isteri selama bini tak kerja sebelum ni (dulu setahun lebih tak kerja sebab habis belajar mengandung pantang). Sekarang bini dah kerja, dia suruh pam personal loan sampai bulanan rm1000 lebih. Bini turut kan sebab sifat ehsan nak tolong suami setup bisnes.
Sekarang bila bini minta bayar semula bulan2, dia cakap amount rm1000 lebih tu untuk bayar semua perbelanjaan yang dia pernah keluar masa bela saya tak kerja. Dan amount tu sebenarnya tak cukup pun, dan saya tak mampu langsung nak bayar balik. Luluh hati seorang isteri sebab tanggung jawab suami dia minta balas balik. Sedangkan mase saya tak keje dulu, makan biasa2, handbag pun guna yang hantaran kawen, tak jejak pun kaki pergi Bali ke Germany ke. Paling jauh pun Cameron Highlands, Genting Highlands, tu pn sambil lalu balik kampung. Ape yang berkira sangat tak tahu.
Sekarang dah hampir tiga tahun saya keje. Dia culas semua tanggung jawab. Baju anak suruh beli kat Tesco pun payah. Tapi bila r0kok Dunhill, Malboro senang2 je. Suruh beli makanan anak, Beli pampers anak, semua tak reti. Dia pernah cakap tak ade besar mana pun pengorbanan saya susu kan anak2 dia Dia bole je belikan susu formula untuk anak2, berbanding susu badan. Sedangkan bila susu formula anak habis, minta beli kan satu tin je untuk cover kalau ebm tak ade stock, marah saya kenapa tak pam susu ikut demands anak. Cakap b0do kang berd0sa pulak.
Saya dah habis daya nak berbahasa dengan orang macam ni. Berbaki gaji rm1900 terpaksa pekin2 duit yang ade untuk anak, untuk minyak pergi keje (ulang alik pergi keje 100km sehari sebab suami nak rumah dekat tempat keja dia), untuk makan sndiri. Tapi suami. Duit gaji ade, untung bisnes ade tapi utama kan kawan2 yang acah2 tolong dia buat bisnes tu, utama kan nak bahagia dan limpahkan duit pada mak bapak dan adik beradik dia yang 30 tahun bersama dia. Anak2 bini sendiri yang baru 5 tahun hidup dengn dia makan pasir, anak2 saudara ipar duai makan chicken chop..
Kalau ade pegawai bank dalam ni, bole ke tukar account untuk potong duit bulanan dalam payslip dari payslip saya kepada payslip dia.




