Selamat sejahtera..
Ini kisah saya..tentang seorang single mother. saya diceraikan suami kerana wanita lain. Saya dihalau dari rumah bersama 3 orang anak tanpa sempat membawa apa2. Duit juga tidak ada. Syukur ada kawan sudi tumpangkan rumah. Serasa dunia gelap gelita ketika itu.
Satu tahap, anak saya sakit. Duit tiada. Susu tiada. Saya nekad ke pasar raya, wang tidak cukup. Saya tahu itu salah tapi saya terpaksa juga mengambil susu formula dan ubat demam tanpa membayar namun alarm berbunyi dan saya ditangkap sekuriti kemudian dibawa ke bilik pengurus. Ketika itu, longlai kaki saya. Dengan anak sakit lagi.
Saya menangis, berusaha semampu mungkin untuk kuat dan tabah.
Di bilik pengurus itu tubuh saya mengigil kalau saya dipenjara bagaimana nasib anak2? Masa itu, anak saya yang sakit muntah2. Saya meraung tanpa peduli lagi si pengurus, kerana risau anak saya diserang sawwan lagi.
Tanpa saya duga, Pengurus itu membawa saya dan anak2 ke klinik mendapatkan rawatan. Selepas itu dia menghantar kami balik. Dia selitlan rm500 dalam kocek baju anak saya. Dia belikan susu formula juga. Lelaki itu terlalu baik, dia berikan saya pekerjaan. di saat saya terumbang ambing, dia la banyak membantu.
Seiring waktu beredar, dia kini suami saya. yang selalu ada disisi, yang mengubah hidup saya menjadi lebih baik, yang menyayangi anak2 saya. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya. untuk wanita2 diluar sana tabah dan kuatlah selalu. Pasti ada pelangi selepas hujan.