Salam min. Hide profile min.n siarkan hehehe.. Aku dah lama follow krt ni tp ni acc khas untuk aku membawang.
Aku cuma nak share yang mana dalam KRT ni jalan cerita hampir sama dengan aku. Aku rasa Kita wanita yang cekal.(walaupun ada yang akan kata b0d0h lepas baca ni ) Aku kenal A aku masa tahun 2012 masa tu kami masih belajar. Dia berklulusan Deg. menuntut di sbuah universiti. aku pula hanya Dip di sbuah kolej swasta.. A seorang yang pnyabar, penyayang, hormat orang tua tu yang buat aku jatuh hati. Hubungan aku dan family A juga sangat tip top .
Hubungan jarak jaoh ni berjalan lancar sampai kami habis belajar. (2013 aku habis belajar, A pula 2015) So pada 2016 aku sudah bekerja tapi A masih belum bekerja. dalam masa yang sama kami nak ikat tali pertunangan. Masa tu aku macam tak yakin sebab kawangan kami belum kukuh. Tapi aku kuatkan hati untuk positif. Rezeki itu ada. Jadi aku bertunang hampir setahun lebih sedangkan ikat cuma setahun sahaja seperti yang dijanjikan. Dalam masa setahun kami masih tak dapat cari duit yang cukup untuk kahwin.
Dengan keadaan dia on off kerja. Family aku pulak desak2 sebab tak buat sebarang tempahan catering khemah dan lain2. Semua ni jadi sebab aku seorang yang bekeja. Tolak2 hutang tinggal rm 500 untuk makan minum sewa minyak kreta motor. Makan mnum ni juga la aku share dengan A. Kira aku turut tanggung dia. Sampai 1 ketika tu aku tak tahu macam mana hati aku terlalu cekal dan positif walaupun aku tahu perbuatan aku ni dan keputusan aku sangat b0d0h dan tak semua prempuan boleh terima laki yang tak bekerja sebagai suami.
Kewangan pula stiap bulan nazak. Dah boleh bayang macam mana kehidupan lepas khwin. 3 bulan sebelum kahwin kami usahakan swmpai dapat 6k sahaja. Tak cukup 10k seperti yang dijnjikan pada family aku. Mak ayah aku redha dan terima seadanya jumlah tersebut walaupun tak cukup. Sebab masa singkat. Dan aku selamat diijabkabul. Duit salam kerup aku tak minta pada fmly.. Sebab mereka pon banyak nak keluarkan duit untuk bayar elektrik air lepas majlis.
Dan apa bende bagai lagipon aku fikir adik2 aku nak sekolah lagi then boleh la guna duit tu untuk cover.
Kehidupan selepas kahwin juga sama. A panggil aku Mem Besar Haha. Lepas kahwin dikira Aku masih tanggung A. Kerja dia on off lebih kepada penganggur. Kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Cuma A dan aku selalu amal bersedekah tak kira sedekah duit sedekah barang atau sebagainya. Susah juga kehidupan lepas kahwin tapi aku bersyukur sebab masih cukup makan minum tak pernah kebulur lagi. Ada tepung sahaj pon aku boleh buat pizza, donut, jemput2 asalkan dapat knyangkn perut aku dan A.
A sebagai surirumah sepenuh masa. Aku selalu perasan A selalu tido lewat dan menangis kenang nasib dia dan dia tak mampu beri aku kemewahan macam suami2 lain. walaupun dia tak mengaku dia mengis aku paham dia rasa, selalunya dia akan biarkan aku tidur dulu. Bab Pengurusan rumah mengemas rumah membasuh baju segala2 kekemasan rumah A yang urus. Dia rajin dan tak pernah mengeluh . Tp Dari segi kerja Aku tahu A bukan pemalas untuk cari kerja atau bgaimana.
Aku pun pelik kenapa A masih tak dapat sebarang tawaran kerja sedangkan banyak IV banyak tempat yang dia Apply.. Dan untuk pengetahuan stiap kali A hadiri IV aku selalu teman dia. Bagi semangat. Aku dan A merahsiakan status pekerjaan A dari adik beradik A dan fmly aku. Aku tak pernah bercerita buruk pasal rumah tangga aku pada sesiapa sebab A selalu pesan aib suami isteri hanya dalam selimut tak perlu cerita pada orang. Kita bincang sebaiknya. .itu Kunci kebahagiaan.
Ditakdirkan Bulan kedua kahwin aku mengandung aku bertambah stress hari2 fikir nanti nak bagi anak makan apa if A masih tak bekerja. Tuhan uji kami cukup kuat dari segi rezeki. Tapi aku tak pernah salahkan takdir. Sebab takdir ini aku yang cipta. Hampir setahun lepas kahwin A masih menganggur.. Sampai la aku selamat melahirkan anak. Kos hospital aku sendiri tanggung hampir rm500 total dengan ank kuning kene tahan. Mase tu terasa perit juga. Cuma aku fkir pebalanjaan tak tsruk sangat sebab aku berpntang nanti memang diet dan mkn lauk pantang. A jela yang akn survive sndri nanti cari kerja.
A minta maaf sebab tak mampu jadi suami yang ssmpurna. Aku bagi positif vibe pada A sebab aku senduri pun tak nak stress kang royan lak pantang ni.. . Keluar hospital aku berpantang di kampung. A tinggal seorang di umah. Tak boleh ikut kalau tak kantoi nanti family aku nanti tanya A tak kerja ke.Tak lama aku balik kampung. A maklum melalui whtsapp dia dapat offer kerja di sbuah tmpat. gaji agak memuaskan. Cukup la untuk aku dia dan baby nanti. Aku menangis bersyukur sebab saat bayi ni keluar Allah tetapkan rezeki anak itu ada…
Alhamdulillah. Kini A dan Aku masih berusaha membina kluarga kecil dengan rezki yang ada. A janji dengan aku nak jaga kerja dia dan teringin nak bawa aku bercuti dengan baby nanti memandangkn aku dan A tak pernah pegi bercuti sejak kahwin atas ssbab kewangan nazak. Bagi korang yang membaca ini. pokok pangkalnya. Jangan mengeluh disaat Allah uji kewangan rumahtangga kita..
Allah maha mendengar,Maha memberi.. Percayalah usaha, redha dan syukur atas nikmatnya. Bersedekahlah walaupun seposen. Pulangan itu pasti. Dan pelbagai bentuk. Aku doakan min dan korang yang membaca ni dilimpahkan rezeki, jodoh yang baik dan kehidupan yang baik… Doakan family kecil aku dapat berkat dalam hrungi kehidupan ini. Amin Salam.




