Pagi tadi aku terbaca post mengenai rumah yang dilelong disebabkan percayakan adik beradik. Perkara yang sama juga terjadi kepada aku, tetapi yang jadi mangsa adalah kereta isteriku. kakakku pinjam kereta isteriku dan berlaku kema langan malah kereta tersebut tidak boleh digunakan langsung . Lagi aku terkilan bila kakak ku dan semua ahli keluargaku buat tak tahu ja seolah-olah tak ada apa yang berlaku.
Kereta tu dah lah isteri ku beli masa dia bujang malah aku ni hanya menumpang ja kereta tu. Mungkin salah aku juga kerana aku yang memberi kebenaran pada kakakku untuk meminjam.
Bapa mertua ku kehulu hilir uruskan hal insuran kereta isteriku bila kereta tersebut total l0st
kerana aku ketika itu sedang dalam kursus dan abang isteri bagi pinjam kereta dia sementara menunggu kereta lain kerana kesiankan isteri aku yang menghantar dan mengambil anak-anak kami di taska serta untuk bekerja.
Kadang-kadang aku malu dengan keluarga mertua, aku sendiri tak mampu nak beli kereta untuk isteriku memandangkan gaji ku yang rendah, tapi dalam masa yang sama aku terkilan dengan sikap keluargaku yang langsung tidak meminta maaf kepada isteriku di atas apa yang berlaku.
Aku tahu isteriku hanya pendam sahaja tentang apa yang berlaku. Aku puji sikap isteriku yang tidak pernah menunjukkan rasa sakit hati dia kepada keluargaku bila bersama keluargaku malah dia ikut sahaja bila aku ajak balik ke rumah ibubapaku dan layanannya kepada keluarga ku juga tidak berubah namun jauh di sudut hati aku tahu isteriku terkilan dengan family ku.
Sekarang isteri ku telah membeli kereta baru dan bulanan dia yang bayar dan aku tahu isteri ku sengaja tidak bawa balik kereta baru ke rumah kami sebab nak bagi family aku rasa bersalah kononnya sbb hal kemalangan tu dia terpaksa pinjam kereta abang dia..
malah dia cakap, dia rela letak kereta di kampung bagi keluarga dia pakai daripada tunjuk kereta baru dia kat family aku. patutke isteri ku buat begitu? benda yang lepas tu lepas lah kan, buat apa nk sorok kereta baru tu, lama-lama orang tahu jugak kan?