Saya nak mintak pendapat ni, saya ada dua orang anak kembar yang baru 3bulan yang kuat sangat nak berkepit. saya tak ajar pun dukung semua, lagipun kembar mana larat nak dukung dua dua, saya pulak kecik orgnya. Dari mula kahwin sampai sekarang saya duduk rumah mil, masalahnya saya memang tak selesa duduk dekat sana.
First mula mula kahwin saya dah dimakki sebab mil penat so dia lepas dekat saya cakap saya tak jaga makan pakai suami sebab mil saya pernah jemur baju saya dan suami tapi bukan saya suruh, dia yg pergi jemur padahal saya dah cakap biar saya yg jemur lepas dah siap masak.
Ingatkan tolong ikhlas la kan tapi ha tengok la sampai dimaki macam tu depan abang kakak ipar saya. memang menangis la, bukan saya tak tolong buat kerja lain, baju saya basuh lipat, masak kemas saya buat. pagi raya pulak tu kena maki. suami cuma cakap sabar la mak memang macam tu. Saya rasa macam maruah dipijak pijak.
Second, lepastu saya pregnant, alahan saya memang sangat kuat, anak perempuan pulak tu kan. kuat sampai pergi hospital doc cakap kandungan lemah sebab tak sampai makanan and nasib baik saya cepat pergi hospital. masa tu pulak mil dapat tahu yg saya warded.
Mil cakap saya mengada ngada je. Padahal doctor cakap kalau anak kembar memang banyak risiko, banyak benda kena jaga. Allah je tahu sakit saya time tu macam mana, nak makan tak boleh apa semua. Bila dah discharge malam saya balik rumah mil, masuk ikut dapur, time tu fil tgh masak. Masuk masuk terus muntah sbb tak boleh bau dapur.
Lepastu mil sound cakap tak payah nak berlakon boleh tak mak nyampah tengok, mak mengandung anak 8 orang elok ada je. awak je yang lembik sangat tak boleh tahan. Saya terasa sangat tapi pendam, suami pun diam je. Disebabkan kerap muntah time tu, malam tu juga saya balik rumah mak saya. tu pun mil marah suami sebab tak halang saya nak balik sana.
Masa saya hamil mil pernah nak bagi saya makan benda benda yang tajam macam nenas muda tomyam pedas sedangkan doctor cakap elakkan makanan tajam bergas makanan segera dan pedas sebab saya mengandung anak kembar. Bila dah bersalin saya ingat mil ok, tapi sama je nak suapkan anak saya air waktu 1bulan, suap bubur nasi waktu 3 bulan.
Saya mengadu deka suami, suami cakap air kubahan elok je buat minum. pasal bubur tu dia cakap saya buat cerita. lepas daritu saya kerap balik rumah mak saya sebab memag saya dah jemu tengok muka mil. marah sangat sangat. sampai mil boleh buat saya giveup dengan hubungan saya dgn suami.
Lepas dari tu saya tengok ceramah ustaz ustaz pasal mak mertua, ustaz tu cakap suami tak boleh paksa isteri duduk rumah mertua kalau isteri tak suka sebab perangai mertua yang tak elok. lepastu ustaz tu cakap cuba suami di tempat isteri, kena hadap muka orang yang kita tak suka seharian. apa akan jadi? jadinya kena elakkan dari apa yg kita tak nak benda tu jadi.
Sekarang mil saya suruh saya duduk sana sebab rindu cucu, saya pun balik sana jugak pagi, petang balik rumah mak saya tidur sini. tapi mil tak bagi saya duduk rumah mak saya. sekarang memang saya sorang je tengah kumpul duit untuk sewa rumah, bila saya tanya suami pasal rumah sewa memang suami marah sangat sebab suami ckp dia bukan kerja jadi boss senang senang nak duduk rumah sewa.
Saya selesa duduk rumah mak saya sebab adik adik boleh tengokkan anak saya. dekat rumah mil, suami mema g freedom melepak futsal suami. anak memang jarang sangat dia jaga. tahu jela anak kembar cabaran macam mana. balik kerja dah maghrib, balik tu kalau tak tidur mesti keluar. balik pun time saya dgn anak dah tidur, mil pun biar je takada nak nasihatkan.
saya dah puas cakap yang saya penat, gilir gilir la jaga anak. suami mesti marah sebab dia cakap dia esok kerja tak kan tak rehat asyik nak jaga jer. bila duduk rumah mak saya, suami macam tak selesa la kalau balik lewat lewat mak saya fikir lain pasal dia. sebab tula dia kerap suruh saya balik duduk rumah mak dia.




