Mohon hide profile saya min. Tq Assalamualaikum semua. Mungkin ada pendapat masing masing berbeza2. Mungkin ada kecam, mungkin ada yang bagi nasihat. Ni bukan nak aib kan suami sendiri atau nak tegakkan pihak saya / pihak suami. Saya bkahwin dengan suami hampir 4 tahun. Mempunyai 2 orang anak. Sepasang. Alhamdulillah. Kakak umur 3 tahun dan adik umur 1 tahun lebih. Bezanya tak jauh. Suami saya hanya mekanik. Saya pula hanya berniaga kecil kecilan.
Allahuakbar. Masa saya mengandung anak pertama saya mungkin dilayan dengan baik oleh suami. Tapi, dalam pada tu jugak saya dari awal membiarkan suami saya keluar dengan kawan2 dia hingga larut malam. Dan sudah menjadi kebiasaan untuk saya biarkan dia keluar bekerja atau melepak. Masa saya mengandung anak pertama saya duduk rumah sewa. Sehinggalah saya melahirkan anak no 2. Semua jadi berubah. Banyak jugak perkara yang berubah.
Saya hampir meroyan. Demam panas Dalam pantang anak no 2 saya dibiarkan mandi sendiri. Angkat air panas untuk mandi sendiri. Darah keluar byk sangat sehinggakan saya pucat, demam agak panas. 41.3 suhu saya masa tu. Dan saya masih dibiarkan. Sebab? Sebab suami saya buat kerja waktu malam. Tidur pada siang hari. Malam dia tinggalkan saya dan anak2 kat rumah. Saya bpantang sendiri untuk anak no 2. Saya nak balik rumah mak dia tak bagi. Dia kata dia boleh jaga saya dan anak2.
Tapi, bila saya marah sebab tak jaga saya dan anak2. Dia marah saya balik. Bermacam macam cara untuk dia cari balik salah saya sehingga saya boleh lupakan salah dia. Anak no 1 saya diabaikan. Sedih tengok anak2 masa tu. Menangis kenang nasib anak. Membesar dalam keadaan ayahnya yang sibuk dengan kerja dan kawan2.
Kawan kawan ajak melepak tak kira masa, tak ada pun dia bagi alasan. Tapi, bila ajak berbincang memang susah. teman pergi klinik untuk check up saya angkut anak2 sekali gus dalam berpantang. Mungkin dia penat bkerja diluar, saya tak nampak. Tapi, salah ke luangkan masa untuk saya dan anak2 sekejap? Dia bukan kerja dengan majikan. Kerja sendiri. Boleh datang dan balik sesuka hati. Tapi, time saya dan anak2. Alasan dia bagi “ayah nak work”. Bagi alasan nak cari duit untuk anak2. Beli pampers dan susu anak. Itu saja ke tanggungjawab dia sebagai ayah? Tapi itulah yang dia pernah cakap pada saya.
Saya memang hampir meroyan. Anak no 1 saya selalu kena marah dengan saya. Saya sakit, saya penat. Kain baju kat rumah saya basuh. Semua kerja rumah saya buat macam saya ni tak berpantang pulak. Lastnya, saya dah tak tahan. Saya betul2 tak larat nak susukan anak saya. Sebab demam tu lah. Saya call mak suruh mak ambil saya di rumah sewa. Sebelum ni mak tak tahu pun saya demam ke apa ke. Bila mak sampai baru mak tahu saya demam. Suami tengah tidur waktu tu. Siang lah. Terus dia pura2 bangun bila dengar suara mak saya. Buat2 jaga saya lah kononnya.
Tapi saya nekad nak balik dan tak nak balik ruman sewa selagi tak habis pantang. Dipendekkan cerita kami kena duduk rumah mak dia pula sebab suami tak mampu nak bayar sewa rumah. Kerja siang malam tapi duit selalu tak ada. Selalu cakap tak ada duit. Bab nafkah? Memang tak pernah.
Bermulalah kisah duduk dirumah mertua. Mula2 semuanya baik baik je. Masa tu bau wangi lagi. Tapi, lama kelamaan busuk tu datang. Sehinggalah saya dihalau keluar dari rumah dan diharmkan jejak kaki ke rumah mak mertua tu. Kain baju saya dirumah mertua banyak. Baju anak2 pun banyak. Tapi, macam mana nak ambil kalau nak jejak kaki pun tak boleh.
Belum masuk bab suami akak ipar saya suka2 hati tampar2 pipi anak no 1, ketuk kepala anak saya. Saya diamkan je. Sebab tak nak burukkan keadaan. Yang tu saya panas hati tapi kena gelapkan mata dan sejukkan hati je lah. Sebab dduk rumah mak mertua lah katakan. Sebab mak mertua halau saya? Dorang kata saya membomohkan family suami saya. Disebabkan saya mak mertua saya selalu sakit kepala Sakit lutut lah dan mak mertua saya cakap saya nak bercerai dengan suami saya Sedangkan saya tak ada pun cakap macam tu. Gugur laju airmata saya bila dapat tahu dorang kata macam tu kat saya. Jadi saya terpaksa tinggal dirumah mak saya sendiri.
Suami ada tanya betul ke tak. Bila saya ceritakan, alhamdulillah masa tu dia terima. Tapi, sekarang. Lama kelamaan saya dapat merasakan yang suami saya kurang minat dengan saya. Bercakap pun tak. Main pesan pesan kat anak je. Nak lalu sebelah pun tak nak pandang muka. Jarang balik tengok anak kat sini. Balik rumah mak saya bila dia nak hantar susu dan pampers je. Hantar pulak lewat malam. Masa kami tengah tidur. Anak anak mana yang tak ingat ayah dorangkan?
Hati saya sejujurnya makin hari makin tawar. Saya terbawak bawak kelakuan dia. Dia jenis merajuk or kita buat salah dia tak kan angkat call or baca wasap kita. Kalau seminggu, seminggu lah. Kalau sebulan sebulan lah. Tapi, saya tahu. Itulah perangai ibu mertua saya. Ibu mertua saya pernah cerita dia buat macam tu kat suami dia dulu. Memang perangai kalau salah or gaduh sikit, memang tak bcakap.Kalau seminggu sebulan selama tu lah tak btegur sapa. Tidur luar. Allah. Bab solat? Kalau dah asyik tidur waktu siang. Macam mana kan?
Apa yang saya cerita dan kongsikan ni hanya luahan. Saya dah tinggalkan 98% kawan kawan saya demi suami dan anak2. Saya berniaga kecil2an dia depan rumah mak saya. Anak2 saya mak saya jaga. Suami sibuk dengan kawan2 dan kerja. Dengan kawan boleh pergi bcuti sana sini. Ada duit. Dengan kami anak isteri dia kata takada duit. Hinggakan saya kata saya nak sponsor pun dia xnak pergi. Alasan kerja byak pulak.
Itulah. Mungkin ada salah saya yang mgkin saya tak sedar shingga suami saya bersikap macam tu. Apa langkah yang saya perlu buat untuk suami saya jangan teruskan macam ni. Allahuakbar. Moga kisah saya ni dijadikan iktibar jugak. Moga2 kita semua diberi kasih sayang yang tak pernah putus.




