Salam min. mohon hide profile saya. saya cuma nak luahkan perasaan yang dah lama terbuku di hati. saya dan suami sudah berkahwin 4 tahun tapi keluarga sebelah suami tak boleh terima akan kehadiran saya dalam keluarga mereka. ipar duai juga selalu memulaukan saya semenjak dari bertunang sehinggalah kini. ada sahaja perasaan tidak puas hati mereka terhadap saya. hidup saya memang tak boleh lebih dari mereka sedangkan saya hanya manusia biasa yang tak punya pelajaran yang tinggi seperti mereka.
Dulu sebelum berkahwin suami selalu memberi separuh gajinya kepada mertua dan ipar duai. tetapi selepas berkahwin wang yang dberi tidak la sebanyak dulu. jadi mereka selalu marahkan saya kerana hidup senang atas gaji suami walaupun kekadang mereka tak pernah tahu apa yang saya korbankan untuk mereka. suami tak pernah memberi nafkah kepada saya. pakaian baru cuma dapat rasa time raya. tiada lagi alat make up krim yang mahal seperti dulu sewaktu saya bekerja sebelum berkahwin.
kekadang di sebabkan tak cukup duit membeli barang dapur saya sangup makan apa sahaja telur dan sardin memang keperluan di hujung bulan. tapi paling menyedihkan apabila melihat ipar duai berpesta atas kesusahan kami. beli baju baru, makan di kedai setiap hari, karaoke. berkorban lah bagaimana pun. saya tetap jahat dan busuk di mata mereka. suami juga sudah kian berubah. layanan terhadap saya tidak lagi seperti dulu.
Saya bagaikan orang asing yang hanya datang menumpang kasih. kehadiran keluarga saya juga tidak lagi disenangi suami sedangkan di saat susah, keluarga sayalah yang banyak membantu menghulurkan bantuan dari segala aspek termasuk kewangan. dah cukup banyak tangisan dan luka yang saya rasa sehingga saya hampir mengalami tekanan jiwa. tiada tempat meluahkan rasa. hanya Allah tahu apa yang saya pendamkan selama ni. terlalu banyak sehingga tak dapat saya luahkan di sini.
Bila sudah terlalu lama memendam rasa, akhirnya saya tekad membawa masalah saya ke bilik kaunseling mahkamah syariah. mungkin itu yang terbaik untuk hidup saya selepas ini. doakan semoga saya kuat dan tabah untuk memegang status miss J. terima kasih min




