Salam warga krt tolong2. Cerita nya 5 tahun berlalu biasa lah kita baru berhijrah keluar. datang kl masa tu dah kawen anak 1 umur dalam 26, jadi biasa semua orang tahu kan compeny tak berapa nak kan kalau pekerja yang berstatus kawin ni nak pulak ada anak kecik masa tu dalam 8 bulan. Jadi kerana nak kan kerja tu saya terpaksa tipu atas borang tu dan semua orang kat situ percaya yang saya ni bujang, saya pergi kerja balik kerja jer tu lah rutin harian
Dah 3 bulan kerja ada rapat juga dengan kawan ni lelaki dia pun percaya saya bujang memang tak ada sapa tahu , sampai lah kawan tu bukak cerita saya dia bakal bertunang dan bakal tunang dia ada lah sorang kakak yang sulung , so saya tak tahu yang kawan saya ni duk bercerita pasal saya pada mak tunang dia tu, sampai lah mak dia suruh nya saya ni datang rumah nak kenal , masa dia buka cerita tu dia/ mak tunang dia mintak sangat saya tolong mereka untuk pulih kan balik semangat kakak sulung tunang dia tu sebab selepas kakak dia tu di permainakan dengan sorang budak lelaki ni habis semua barang kemas dia dibawa lari memang bangst lelaki tu, jadi kakak dia ni memang betul2 down masa tu tak keluar bilik , tak terurus cerita sampai situ je la,
Selang 3 hari macam tu kawan saya ni call tengah malam ha kau mak tunang dia bercakap. Sendiri cakap suruh datang rumah time tu juga la ingat dah lupus lah pasal ni tiba2 je , aku memang tak pernah keluar malam balik keje duduk rumah , bini aku tanya nak pergi malam pelik je tiba2 malam ni nak keluar. keluar minum jap dengan kawan, sampai je aku di rumah dia semua adik2 5 orang termasuk dia salam cium tangan aku , aku dah cuak dah apahal plk ni, aku pun salam mak dia cuim tangan aku , kebetulan mak dia ibu tunggal , ermm…..
sekali kakak dia keluar bilik min fuh.. tak pernah ku menduga gelora jiwa sesat di dada tapi ingat aku kuat pada anak bini aku , mak dia mita aku kawan dengan anak dia, comel tembam gebu pakej. Dari jatuh sampai lah boleh senyum dengan semua orang , masa tu aku tersempit bukan aku mintak semua ni tolong faham kawan aku tu baik sangat dari awal aku kerja dia faham memang tak ada duit dia yang support. Sampai kan mak dia belikan moto bagi aku suruh pegi balik jemput anak dia. besday aku mak dia semua la sambut aku adoii nak apa lagi segan aku min aku dah tak ada jalan nak pusing mula dari tu aku dah berubah tipu bini aku cakap ot lah apa .
Nak raya ni anak/ mak dahulu kan aku baju seluar tak payah cakap min , anak dia support semua. Underware pun berjenama lah ini memang aku bersumpah aku bercakap benar, Pluk plag2 4 tahun ni aku kawan. Sampai mak dia tanya bila nak masuk minta , tipu lah kalau aku cakap tak ada rasa sayang tu , tapi tanggungjawb aku dekat famli tak penah lah lupa, aku memang sayang dia. Mak dia sakit aku uruskan a-z sampai kawan aku pun cemburu mak dia asik mention aku je dari dia bakal menantu tu .
Dan minggu lepas hari ahad dah tersirat semua yang tersurat tuhan tu maha kuasa. Aku bawa anak bini keluar makan sekali cari barang dapur di jalan ampang memang selalu jem tak kira hari entah datang dari mana teksi ni himpit nye aku ngam2 belaga side mirrow je aku buka tingkap sebab dia nak kejar lampu. aku sound teksi tu sekali turun tingkap nah , dia dengan mak dia di dalam. sebelum tu memang dia ada cakap nak keluar dengan mak beli barang ,fuh darah putih 2 badan min aku macam nak terbang di situ nak kali terakhir aku jumpa dia , sekarang tengah meroyan lah ni dia block semua no aku mak dia sekali – aku ke bersalah dalam hal ni aku tak mintak




