Assalamualaikum. Saya seorg penjawat awam. Saya mempunyai suami dan dua anak. Saya sdg berusaha untuk menuntut cerai dpd suami. Alasannya ialah suami tidak memberikan hak saya sbg seorang isteri. Pada masa yang sama saya mempunyai sorang kekasih dari luar negara dan kami sangat mencintai satu sama lain dia bersumpah bahawa saya lah kekasihnya sehingga ke matti. Saya telah beberapa kali mengujinya untuk berpisah tetapi keadaan dia sangat menyedihkan setiap kali saya berkata demikian. Dia sangat memerlukan saya.
Namun begitu kami ada 2 masalah besar. Pertama, dia tidak yakin bahawa saya akan dapat mengawininya kerana dia berpendapat suami tidak akan menceraikan saya. Kedua, dia telah diuggut oleh keluarganya supaya kembali ke tanah airnya sekiranya dia tidak berkahwin. Keluarganya menerima dia tinggal di negara ini asalkan dia berkahwin. Dia tidak rela kembali ke tanah airnya dan meninggalkan saya. Dia ingin tinggal selama2nya di negara ini untuk bersama dengan saya.
Tiga hari lepas dia telah membuat keputusan drastik. Dia telah bernikah dengan seorang perempuan berumur 55 tahun sedangkan dia baru berusia 26 tahun. Mengapa? Dia mengatakan inilah saja caranya dia dapat kekal untuk tinggal di negara ini. Inilah saja caranya untuk dia dapat kekal bersama dengan saya. Dia berjanji akan mengahwini saya sebaik sahaja suami menceraikan saya. Saya menangis berhari2 apabila mengetahui keadaan ini. Saya rasa saya telah kehilangannya. Tapi dia tidak henti memberitahu saya bahawa sayalah cinta pertama dan cinta sejatinya. Dia tidak akan melepaskan saya sehingga akhir hayatnya.
Jadi berkahwin perempuan ini sebagai syarat sahaja untuk menunaikan permintaan keluarganya. Dengan Cara ini, dia dapat terus bersama saya selamanya.
Beberapa jam sebelum pernikahannya dia memberitahu dia tidak akan pernah lupa kepada janji2nya kepada saya. Dia memberitahu saya perkahwinannya hanyalah batu loncatan supaya dia dapat terus bersama dengan saya. Semalaman saya menangis dengan perbuatannya. Saya serba salah sama ada hendak menyalahkan dia atau meninggalkannya. Dia sangat baik dan sangat mengambil berat tentang diri saya. Setiap malam dia akan berusaha untuk menelefon saya. Dia berjanji keadaan akan kembali seperti sediakala selepas seminggu pernikahanya. Saya serba salah.. Apakah yang harus saya lakukan.