Assalamualaikum admin..Saya nak kongsi duka lara saya menjadi seorang isteri kepada yang bergelar seorang lelaki yang cuma hanya beberapa jam sahaja bergelar isteri.. Saya dengan mr. H di jodoh kan oleh keluarga, dan mr. H juga merupakan keluarga saya, tapi sejujurnya kami memang saling mencintai antara satu sama lain tapi Suatu hari tu dia ada buat pengakuan yang dia dah pernah terlanjur dengan sepupu saya, tapi masa tu saya dengan dia belum kenal. Tipu lah kalau tiada perasaan marah, kecewa tu.. Saya pun manusia biasa yg ada perasaan.. Tapi saya ambil perkara ni positive, ini masa lalu dia.. Semua orang ada buat silap pada masa lalu. Saya tak berhak mnghukum dia.
Then, kami teruskan hubungan cuma 2 bulan dan berkahwin… Hari sbelum berkahwin tu, rumah saya dan rumah pengantin lelaki hanya bersebelahan sahaja.. Persiapa sudah pun siap, pelamin dah tersergam indah, hanya tinggal tunggu majils nya sahaja yang akan berlangsung esok pagi. Malam tu, saya tergerak hati nak jenguk si mr. H d rumah nya.. Sampai jak saya d rumah nya, semua orang sibuk buat persiapan.. Saya cari dia d bilik, terkejut nya saya apabila melihat dia dengan sepupu saya berpelukan, mesra. Hati perempuan mana yang tidak terluka.. Hari perkhwinan esok.. Tapi dia.. Ya Allah…. Saya menaip ni pun, menitis air mata..
Saya lari balik ke rumah saya, semua tetamu, keluarga hairan melihat keadaan saya.. Dia datang untuk pujuk saya bersama sepupu saya. Kalau dulu saya masih boleh bersabar, sebab itu masa lalu dia.. Tapi ini… Sehari sebelum majlis dia buat perangai. Allahu.. Habis sembap mata menangis masa tu.. Oleh kerana saya ingin menutup malu daripada pihak keluarga, kerana majlis berlangsung esok pagi.. Tak kan pengantin pula bertukar.. Dan di sebab kan saya tak nak perkara ni terjadi lagi dalam rumah tangga saya, malam tu juga saya ambil keputusan untuk terus kan perkahwinan tu, tapi dengan syarat.. Selesai sahaja majlis bersanding berlangsung, saya nak dia lafaz kn talak ke atas saya di hadapan ibu bapa kami..
Dan malam tu juga saya nak dia berkahwin dengan sepupu saya.. Sebab saya tak sanggup tengok makcik saya menanggung malu atas perbuatan anak nya.. Keesokkan nya, majlis berjalan seperti biasa, saya sah menjadi isterinya.. Saya gembira, tapi dalam masa yg sama saya sedih, kecewa dengan apa yang terjadi.. Majlis bersanding pun berjalan lancar.. Hanya 7 jam sahaja saya bergelar seorang isteri buat nya malam tu juga, dia lafazkan talak cerai keatas saya.. Dan malam tu juga saya menjadi saksi atas pernikahan dia dengan sepupu saya.. Hanya Allah sahaja yg tahu hancurnya hati saya ketika itu..