Assalamualaikum warga2 krt.. aku nak luahkn perasaan dan nak minta pandangan dan pendapat.. salah ke aku untuk menegur suami aku supaya tidak menyalam sepupu perempuan suami?nampk macam aku terlampau over atau kerek sangat ke? aku tak ada masalah lain, tapi masalah nie dah berlarutan hampir 3 tahun kami mendirikn rumah tangga.. Dulu aku pernah tegur, tapi sepupu perempuan suami nie yang selalu hulurkan tangan dia dahulu.. aku tegur suami bila sepupu perempuan dia dah balik, dia kata dia tak boleh mengelak, atau menolak..
Dulu sepupu lelaki aku pernah nak salam aku tapi aku tegur sepupu perempuan mana boleh salam sepupu lelaki dosa bukan muhrim tapi kenapa orang lelaki tak berani nak cakap macam tu? bagi aku, kalau lelaki dah cakap macam tu kat perempuan yang bukan mahram dia, mesti perempuan tu akan segan nak hulur tangan dekat dia lagi.. bila suami aku jawab macam tu bagi aku dia lebih jaga perasaan saudara dia daripada aku yang sah2 isteri dia yang tengah mengandung anak no 2 kandungan yang berusia 7 bulan nie.. bila aku tanye mil aku, dia kata ala dah anggp adik beradik, sepupu nak buat macam mana tak pelah’ adik ipar (lelaki) dia bongok kan aku sebab pasal benda tu pon nak ambik pusing.. tolong bagi pendapat terima kasih..
Krt




