Assalam min aku ingin bertanya pada warga krt. Boleh ke aku kahwin lain demi untuk mendapatkan zuriat. Aku sedih min kecewa sangat bila isteri susah dan tak tau bile dia boleh bagi zuriat Dah 4 tahun min aku tunggu. Berusaha dari tahun pertama lagi, jumpa doctor buat treatment, isteri makan clomid berdos- dos, makan supplement berbotol botol urut semua, tapi still tak berjaya. Aku betul2 kecewa. Sperma aku doc kata okay, tapi isteri dia ade PCOS. Telur tak besar kata doc. Kenapa la nasib aku macam ni min. Orang suruh bawa isteri pergi melancong sane sini aku bawak sama jer min. Kawan2 semua dah ade zuriat. Kadang2 aku rasa malu sangat. Ni nak raya lagi la min. Serius aku cakap aku lebih rela bekerja di office dari balik kampung beraya hadap relative. Dan aku memang tak nak balik beraya tahun ni.
Umur aku pun dah nak 30, tak tau bile nak dapat. Kalau dapat pun mungkin aku dah tua (sedey). Aku pernah tanya isteri pasal kahwin lain tapi biase la jawapan perempuan, Dulu aku sayang sangat kat isteri aku ni, tapi bila jadi macam ni sayang tu dah berkurang dalam hati aku min. Dari segi perbuatan aku still sama. Hati jer dah tawar. Betul la orang kata min anak la yang menjadi pengikat hubungan suami isteri Tak boleh ke perempuan consider kat lelaki kes macam aku nih min. Aku bukan saja2 min nak kahwin dua macam lelaki lain. Bukan sebab nafsu jer semata-mata. Tolong la faham wahai perempuan. Andai aku yang pergi dulu dari isteri siapa yang nak doakan aku kalau bukan anak. Isteri aku pasti la aku kahwin lain sebab die cantik jugku. Die kata die setia tak kan kahwin lain. Tapi aku tak percaya. Korang rase?. Silap2 dia tak kan ingat aku dah nanti. Aku tiada siapa2 min. Tiada keturunan. Tiada Zuriat. Bulan depan isteri aku ada minor operation pasal PCOS tu. Harap2 ada la min. Kalau takde jugak korang advise la ape perlu aku buat sebab tu macam dah final stage. Korang yang senang ada anak tak kan faham apa yang aku rasa. Aku betul2 kecewa dan frust.
June 7, 2018
weyh kau, siti nurhaliza tu tunggu sebelas tahun wey, lek je. pikir dia x nk anak ke? kau ni, buat laa ivf ke.. ye, tahu mahal. tp dari kau sanggup kawen lain, ngan nafkah lagi, mampu ke? abang aku umur 30 pun x kawen2 lagi, wak lek je. takde pun kecoh cam kau takut umur dkt 30. buat laa anak tabung uji tu, i mean, ivf. sian bini kaum selalu jadi masa laki kawen baru, mesti tetibe dia pregnant. tuhan nk tunjuk kuasa… so, ikhtiar la dulu. kau ni laaaa