Assalamualaikum.. admin juga pembaca KRT. Tolong hide profile saya ye. Saya dan suami duduk satu rumah dan masih sah bergelar suami isteri..kami duduk serumah pon sebab anak2 je. perasaan sayang dan cinta jauh sekali. saya mahu pon suami sedia maklum yang kami memang tak ade perasaan antara satu sama lain iaitu hati daa masing2 tawar… Hal remeh pon nak gaduh.
Suami ego terlalu tinggi.. dia ungkit semua benda. barang2 yang dia beli. barang rumah. duit nak bagi Kat Saya pon kena minta kalau ada. adalaa.. bila Saya mula kerja..dia pertikaikan kenapa Saya tak kluar belanja. macam dia padahal tu tanggujawab dia.Kita top up sahaja..
Sebenar nya saya pon tiap bulan beli barang 2 juga.. tapi entah dia tak nampak. mungkin dia nak Kita tanggung semua kot…!!! kami duduk serumah buat hal masing2. bercakap bila perlu. tidur asing. Dia pon tak pernah nak sentuh Saya sebab ego dia. Lantak dia laa. Saya pernah minta untuk di lepaskan tapi dia tak nak pulak..
Saya juga pernah naik pejabat agama untuk kaunseling. cuma dia saja yang tak pergi lagi. Saya pon tak tau sampai bila keadaan kami seperti ni daa lama hampir 5 tahun. untuk makluman adik ipar sendiri pernah buat bomoh dekat Saya untuk pisahkan (cerai) kami.
Pada masa yang sama saya mengenali seseorang dan kami memang jatuh cinta encik somi pun tau hal ni yang Saya daa ada orang lain. cuma dia tak pernah nak marah tegur atau bertanya pada Saya tentang hal ni. saya gelar Mr.M. kawan Saya tu pon tau status Saya terikat.
Namun dia tak pernah nak menyibuk tentang hal Saya dan somi sebab dia tau dan sedar dia tak ade hak. Mr.M cuma bagi nasihat je.. doakan yang baik2.. walaupun dia juga amat menyayangi Saya dan anak2. kami berhubung cuma melalui messenger sahaja. tak pernah jumpa atau Call.
Saya pernah tanya kenapa tak call saja senang. katanya Saya masih isteri orang dan tak baik call tanpa sebab. minta nasihat yang baik2 saja. jangan kecam Saya pulak.. kenapa tak keluar rumah sahaja. Saya orang jauh. tak de siapa2 Kat sini.




