Saya sebelum ni bahagia dengan suami dan anak2. tiada masalah apa2 tapi saya selalu bimbang jikalau dia ada perempuan lain. dalam erti kata lain saya cemburu buta. pada hujung tahun 2016, suami saya berjumpa semula dengan wanita yang pernah dia minat semasa dia belajar di universiti dahulu. even masa tu die dah kahwin dengan saya dan saya dan dia masih lagi belajar.
tapi disebabkan wanita tu dah ada boyfriend, jadi setakat itu sahaja rasa minat dia pada wanita itu. kami ber PJJ. saya belajar di UPM dan dia pula belajar d universiti swasta di Kelantan. Setelah kami memperolehi 2 orang anak dan anak kedua kami berumur 3 bulan, Allah takdirkan dia bertemu semula di sebuah bank dimana wanita itu bekerja sebagai kerani kontrak.
bermula dari situ diorang bertukar nombor fon dan berhubung dalam diam. saya sudah mengesayaki sesuatu. saya menelefon wanita itu tapi dia cakap dia dan suami tak lebih dari seorang kawan. Bulan 10 2016 die berhubung semula. wanita ini selalu ke tempat kerja suami.. tanpa pengetahuan saya..
wanita ini pula baru sahaja bercerai selepas beberapa tahun berkahwin dengan suami orang dan ditinggalkan oleh suaminya yang mana suaminya itu balik ke isteri asalnya..(isteri tua) wanita ini mencari suami saya sebagai tempat untuk die mengadu masalah, meluah perasaan sedih dan sebgainya. kebetulan suami saya pernah ade hati dengan die, jadi benda ni semakin menjadi. diorang keluar berdua tanpa pengetahuan saya..
Allah itu adil dan Maha mengasihani. semasa saya pregnant anak ke3 dalam 3 bulan, Allah takdirkan saya membaca whatsapp die dengan wanita itu. Ya Allah. Sedih hanya Tuhan yang tahu. sudah jelas yang sememangnya die berdua berkasih. keluar bersama. bulan 1 2017 saya tahu benda ni sedih hanya saya tahu. masa tu saya mengandung 3 bulan. segalanya terjawab. Tergamak die tipu saya..
Lepas saya tahu hubungan die dan wanita itu, die tak nak lepaskan saya. Die tinggalkan wanita itu sebab die cakap sayalah segalanya bagi die. hanya saya dan anak2 yang faham dan boleh beri die kebahgiaan. saya nekad nak bercerai tapi die tidak mahu tinggalkan saya. tapi saya nekad saya larikan diri dari dia. disebabkan itu telah jatuh talak 1 kerana 3 tahun lepas die telah bertaklik jika saya lari tinggalkn die akan jatuh talak 1.
Lepas pada itu die merayu kepada saya berikan die peluang untuk berubah. die sayangkan saya dan anak2. di sebabkan anak2 saya terima die kembali. memang selepas pada saya tahu hubungan die dan wanita itu, die nekad tinggalkan perempuan itu. tapi bukan mudah untuk die melupakn perempuan itu. sebab die cakap die pernah sayangkan wanita itu.. Untuk melupakan bukan mudah. bagi die masa..
Okey saya bagi die masa. tetapi setiap kali die ada buat saya sakit hati, saya marahkan die saya mesti mengungkit perkara ni. saya merasakn wanita itu lebih segala2 nya daripada saya. die marahkan saya. die cakap itu kesilapan die. die menyesal. tolong jangan ungkitkan cerita lama. abang nak move on. dan abang harap sayang boleh berikan abang peluang untuk abang buat yang terbaek dalam hubunngan kite.
Saya diam. hati saya masih sakit. 3 hari yang lepas saya gaduh besar lagi dengan die. setelah setahun lebih hal ini berlalu saya msih merasakn die masih belum berturus terang semuanya pada saya. semalam sgalanye terjawab. Apa yang saya syak selama ini memang betul. rupa2 nya die pernah membuat hubungan dengan perempuan itu tak lebih dari 10 kali..
Dia bersumpah. die meminta maaf. saya terduduk meraung menangis kerana sedih dan kecewa. tergamak die buat begini pada saya dan anak2. Saya tanye die kenapa tapi die cakap itu kesilapan die yang die paling menyesal. selepas beberap kali buat hubungan dengan wanita itu, die bagi tahu wanita itu.
Die tak nak dah buat hubungan dengan wanita itu sebab rasa bersalah die dengan saya dan anak2.. slepas pada itu wanita itu laen dengan suami saya..die dah tak layan suami saya, tapi suami saya yang selalu cari die dahulu dsebabkan prasaan sayang masih ade. bile saya bersalin pada 10/10 pun suami saya masih kol wanita itu dan beritahu saya dah bersalin tapi wanita itu hanya mengucapkan tahniah..
Lepas pada 10/10 2016 diorng lgsung tak berhubung.. tapi hati saya masih sakit. tambahan pula selepas setahun lebih saya baru tahu yang die pernah buat hubungan dengan wanita itu. die meminta maaf dan berjanji hanya cukup sskali itu die buat kesilapan melukakan hati saya. die menangis menyesal. tapi saya?terlalu sukar untuk melupakan.
Setiap kali die peluk saya, saya mesti membayangkan die dengan perempuan tu.. apetah lagi semasa berhubungan dengan saya. Saya jijik. sedih. kecewa dan hati saya hancur. Saya hanya ingin tahu pendapat kwan2 diluar sane.. sekarang kami dah punya ank 3.. apa yang patut saya buat?
skarang dah nampak die berubah. penyayang selalu mengucapkan rasa cinta dan sayag pada saya. die meminta saya berinya peluang. ape yang perlu buat? kalau saya ingin berikannye peluang, macam mana nak lupakan segala ape yang die buat pada saya? macam mana nak lupakan yang die pernah buat hubungan dengan perempuan itu?




