Assalamualaikum min…harap min blh pos cerita saya ni. Berat rasanya nak meluah, tak tahu nak mulakan macam mana..Saya ni umo 31, suami 35 dah berkahwin lebih dari 10 tahun. Baru² ni tanpa diduga pergaduhan saya dan suami telah menyebabkan terjadinya talak 3. Jangan ditanya macam mana,cuma saya blh cakap dgn yakin memang dah sah jatuh talak 3. Maka menangislah kami berdua memikirkan apa nasib kami selepas kejadian ni.Kami ada anak 3org. Kami slg sayang menyayangi tapi benda ni terjadi tak terduga dan bukan pula diminta².
Pada awalnya kami ingin pergi ke mahkamah syariah tapi akibat selalu tertangguh kerana cuti kami mula menukar fikiran saya dan ex bersepakat untuk merahsiakan hal ni demi mnjaga aib kami dan juga keluarga,kami ada bertanya pd org yang arif pasal ilmu agama, katanya blh dirahsiakan demi menjaga aib dan mencari seseorang untuk menolong kami yang dlm situasi ni. Rasanya semua kita sbg umat islam tahu apakah cara yang harus kami lakukan untuk kami bersama kembali.
Waktu ni saya menangis semahunya sb selama ni saya ta kpernah terfikir apa lg nak membayangkan yang saya akn tdo dgn lelaki lain selain suami saya. hanya Allah yang tahu betapa perit dan pedihnya apa yang saya rasakan. ex turut sama menangis, lpas tu dia ckp memang takde cara lain dh selain dr cara tu je untuk kami bersatu kembali, saya kna kawin ngn org lain dlu dan mesti ‘bersama’ dgn suami tu dulu.Bermula hari tu tiap² hari saya menangis,saya tgh msk untuk anak² air mata akn jatuh dgn sndirinya tp saya sembunyikan dr anak².Anak² taktahu apa², sedihnya melihat mereka.ex blk umah jrg² sb kami bkn lg pangan yang halal.Dia tdo kt tmpt krja, dia blk kdg² untuk tgk anak² sb taknak bg anak² pk bkn² klu dia takblk terus.
Ex ada sorang kwn yang sgt rapat dgnnya, dorang pun mesra dgn panggilan adik n abang. Abang dia ni dh ada isteri n anak². Kami bincang untuk dpt keputusan siapa yang kami nak minta tolong. Ex tak snggup serahkan saya pd orang bujang sebab takut nanti dia taknak lepaskan saya. Jadi kami pilih abang dia tu untuk minta tolong. Ex ceritakan semuanya pd abangnya iaitu kwn baiknya. Pd mulanya mesti la dia takbersetuju, tp katanya dia kesianakn adiknya (ex saya) dia akan cuba tolong. Dia mntak ex hntr gambar saya sb dia nak tgk. Bla ex hntr gmbar, dia mntak no fon saya pula, katanya nak berckp sendiri dgn saya.Lupa nak bagi tahu abang ni umo 40lbih.
Hari ni dia minta no fon saya dan esoknya dia call saya untuk berckp tentang ni. Bila dia dh mula call saya dia mcm dh jatuh hati dgn saya jd dia selalu call saya dr pg, ptg smpai mlm. Ex sgt hormati abangnya ni jd dia pesan kt saya, ckp baik² dgn abang. Lepas 3hari dia dk call saya dia nak jumpa saya, nak tgk depan². Bkn jmpa be2, dia suruh ex saya bawak saya jumpa dia. Lepas jumpa tu dia jd lg teruk, dia ckp taksbr nak kawin dgn saya. Dan pada saat ni saya mulai perasan ex saya sedang terluka. Saya tak smpai ati tgk muka dia macam tu, saya tak pernah rasa nak sakiti hati dia apa lg melukai hatinya, saya taksanggup tgk dia mcm tu. Saya tnya dia cemburu ke. Dia jawab mst la dia cemburu, dia kata abang tu dh melebih² sangat.
Saya amik keputusan saya taknak kawin ngn abang dia tu sb saya taksnggup tgk ex saya terluka.. jd sekarang kami masih bingung memikirkan apa yang harus kami buat. Smpai satu tahap saya rasa dah takberdaya lg nak hadap semua ni saya bgtau ex biarlah saya pergi jauh dr hidup dia, biar la dia cari orang lain gantikan tempat saya, tp ex menangis dia ckp bkn mudah nak cari pasangan hidup yang blh serasi dan blh faham diri kita.Saya kata belum cuba belum tahu,dia taktahu mungkin dia akn dpt yang jauh lebih baik dr saya, tp dia tetap menangis dan ckp yang taksemudah tu.
Esok tu dia blk umah n menangis² pegang tangan saya smbil suruh saya janji jgn pergi dan jgn hilang dr hidup di. saya takkuat bla tgk dia menangis.. Dia kata dia akn cari jgk cara supaya kami akn bersatu kembali..Saya nak minta tlg warga KRT tlg la doakan kebaikan untuk kami be2.Tlg doakan semoga Allah permudahkn urusan kami.Kami pasangan yang setia antara satu sma lain, takde org ke3,kami takpernah berpisah, d mata family dua² belah saya dan dia smua anggap kami pasangan sweet sb kami takprnah bergaduh depan org.Saya sgt menjaga maruah dan air muka suami. Tp siapa sangka siapa menduga Allah takuji kami dgn org ke3 tp Allah uji kami macam ni,ya Allah beratnya dugaanMu pd kami.
Tgh solat pun air mata saya mengalir,takblh tggu selesai solat dah..sungguh kami sgt tersiksa skrg ni. saya sgt tkt nak melangkah ke dunia luar dgn membawa tittle janda.saya tkt sgt² dgn gangguan dr lelaki,saya taksuruh kalian percaya tp saya takmcm umur 30lbih, bla saya g mna² org ingt saya masih anak dare, saya takprnah berbangga dgn anggapan org, tp saya rsa takut. ckup la kalian tahu yang saya tak mcm org lain,saya seorang yang pendiam dan sgt pemalu, dgn suami pun smpai skrg saya masih ada perasaan malu apa lg dgn org lua…
Maaf la andai ada ayat saya yang berterabur @ ada yang susah nak faham, saya taip ni smbil menangis, saya dh takmampu nak pendam.Saya luahkan sedikit dr kisah saya dgn harapan blh mengurangkan wlau sedikit beban dlm jiwa yang sedang gelora ni…semoga ada sinar bahagia untuk kami be2.. Wanita berduka ~ FzS




