Hide profile. Saya diceraikan dengan talak 3. Kes kami tertangguh kerana saya terlalu sedih dah kecewa sebab diceraikan sehingga saya takmampu hendak ke mahkamah. Perkahwinan kami dikurniakan dua orang anak laki2. Dan akhirnya suami sndri ke mahkamah utk proses pengesahan talak. Tempoh agak lama sebab talak 3. Hampir 1 tahun setengah. Dalam tempoh tu saya berkenalan dengan seorang duda dan kami tidak mahu berkawan lama dan berjanji jika selesai kes saya kami akan kahwin. Perkenalan kami pn diketahui oleh keluarga tap kami membataskan perjumpaa kerana ingin selesaikan kes saya dahulu. Kami hanya kerap berhubung di telefon sahaja. Jumpa pn masing2 bawa anak. Itupn hanya di kedai makan. Tanpa diduga semasa proses mahkamah yg tertunda lamanya kerana mahkamah ingin memastikan talak itu benar2 talak 3 tak sangka talak itu tidak jatuh. Ya allah.. Kami berdua mmg terkejut. Dah suami pn mengaku masih sayang. Perasaan saya juga ada lagi padanya. Tapi bagaimana dengan dia. Ya allah peritnya dugaan saya. Dan bila saya minta suami lepaskan saya sebab saya dah lama move on sejak diceraikan. Bygkan hampir setahun setengah kes saya itu.. Tapi suami tidak mahu dan minta kami bina semula rumahtga yg dh rosak itu.. Apa yg harus saya buat

Write a Reply or Comment