Hai admin sy mahu kongsi luahan saya. Saya baru berkahwin 6 bulan tetapi saya skrg tgh tggu masa untuk bersalin. Pada mulanya saya tak ready untuk berkahwin memandangkan saya baru dapati bf saya mmg tidak akan dpt menampung perbelanjaan selepas kahwin memandangkan gajinya cuma rm1200 sebulan. Itu pun selepas saya desak-desak baru dia bagi tahu. Tetapi lepas saya dpt tahu sy mengandung anaknya, saya bagitahu bf saya dan dia mahu bertanggungjawab juga padahal saya sgt mengharap dia mencari wang atau cari cara untuk gugurkan kandungan ini kerana masa itu saya sudah tawar hati dan berfikir-fikir untuk hidup susah dengan dia, pasti terkubur banyak impian saya.
Macam-macam cara saya gunakan untuk cuba guggurkan kandungan pada awalnya kecuali pergi klinik sebab saya tidak mampu buat kaedah itu kerana kekangan kewangan, tapi akhirnya saya akur dan bagi tahu family saya di kampung yang saya mengandung dan ingin segera bernikah. Dipendekkkan cerita…. Majlis kahwin yang saya angankan musnah dan saya cuma bernikah biasa saja. Selepas kahwin, kami tggl sdri jauh dari family. Family saya asalnya orang senang tapi sebab sy sudah malukan mereka, saya tidak minta pertolongan mereka lepas saya kahwin, lagi pun saya juga sudah seperti tidak diperdulikan sebenarnya sbb salah saya sendiri, saya tanggunglah akibatnya. Segala kesempitan kewangan kami suami isteri saya tutup rapi tanpa pengetahuan mereka.
Saya cuba menyesuaikan diri dgn hidup susah, saya berhenti kerja sbb malu kalau rakan-rakan nampak perut saya membesar cepat dan cuma berkurung dirumah sementara tunggu kelahiran anak. Saya bergantung sepenuhnya dgn duit suami yang cuma rm1200 untuk perbelanjaan harian,bayar sewa bilik, duit untuk saya pulang balik berklinik dan juga apa-apa yang sepatutnya termasuk bayar topup telefon saya rm30 sebulan. Sekarang saya tinggal tunggu hari untuk bersalin tetapi barang kelengkapan bayi belum lengkap dan bacaan HB saya rendah. Nurse balik-balik suruh saya makan daging dan byk makan buah tp saya tiada duit dan tidak mampu sebenarnya beli semua itu selalu. Waktu awal gaji bolehlah, tapi hujung-hujung memang tak dapat. Sedangkan makanan seimbang yang sepatutnya pun kami suami isteri susah mahu dapat, apa lagi keinginan.
Selalunya saya masak nasi goreng asal ada rasa sikit-sikit saja untuk kenyangkan perut kami suami isteri sehari sekali kalau sudah pertengahan bulan. Segala gambar makanan yang saya teringin makan masa mengandung ni terpaksa saya buat buta. Saya juga belajar redha dan mulai selalu solat dan mengaji memandangkan saya selalu bersendirian dalam bilik sewa dan tiada pekerjaan sekarang serta saya sengaja jauh dari rakan-rakan sementara saya mengandung. Bilik sewa ini cuma ada tilam dan almari dan diluar dapur kongsi dengan penyewa bilik-bilik yang lain. Saya bergantung sepenuhnya dgn ubat klinik kesihatan bagi. Doakan saya selamat bersalin nanti tanpa sebarang komplikasi dan doakan semoga saya sentiasa tabah menjalani hidup susah hasil kesilapan saya sendiri. Saya redha walaupun kadang-kadang saya menangis waktu malam sambil mengusap perut saya.
saya tidak sangka saya akan jadi ibu dalam keadaan miskin dan tidak punyai apa-apa. Semoga dengan menanggung khilaf ini bersama suami, akan ada rezeki kami nanti selepas lahirnya cahaya mata sulung kami. Sekarang saya cuma bingung macam manalah mahu kerja nanti kalau sudah kandungan saya ini lahir. Saya tidak pasti sama ada keluarga sebelah saya atau sebelah suami saya mahu tolong jaga anak saya kalau saya mahu mulai bekerja semula sbb saya tidak boleh mengharap 100% dgn gaji ciput suami saya. Suami saya pula tiap kali saya mahu ajak berbincang, mesti dia tgh sibuk main game hp atau pun nmpk sangat keletihan selepas balik kerja. Saya bukan tidak mahu tegur, tapi saya juga tidak mahu terbawa emosi yang sgt tidak stabil ketika mengandung ini. Itu sahajalah luahan saya.