Assalamualaikum min. Terima kasih kalau publishkan cerita ni. Aku suri rumah sepenuh masa. Baru 3 tahun mendirikan rumahtangga. Aku kahwin masa umur 20 tahun. Suami pilihan keluarga yang di anggap pelindung yang terbaik untuk aku. Suami umur 34 tahun. Dia tak pernah tolak permintaan aku. Aku dengan dia bahagia je. Aku masakkan untuk dia, tunggu dia balik kerja. Aku memang bahagia dengan dia. Takda sebab untuk aku menyesal dijodohkan dengan orang aku tak pernah jumpa pun sebelum disatukan.
Dia lelaki yang baik min. Dia selalu hiburkan hati aku. Tapi, aku tak mampu bagi apa dia nak. Semua orang yang berkahwin mesti nak ada baby kann. Dia selalu suruh aku check guna prenancy test, bila takda rezeki aku nampak muka dia agak kecewa. Aku kesiankan dia min. Aku cuba untuk penuhkan semua yang dia nak, Cuma satu tu je aku masih gagal. Tapi kita kena percaya dengan rezeki Allah. Lepas 8 bulan, suami ajak aku check dekat klinik, kot² ada pape ke. Aku memang agak rasa di desak tapi aku faham dia memang teringin nak anak. Jadi aku ikut je cakap dia.
Bila doktor cakap aku tak subur, dia memang down min. Kalau aku mandul, aku tak tahu lah apa reaksi dia min. Aku cuba tenangkan dia, aku cuba bagi kata² semangat kat dia yang dia masih ada peluang ada baby Cuma kena usaha lebih. Tipu lah kalau aku tak sedih. Isteri mana je tak nak mengandung min. Tapi aku kena sabar and hadap, memang tu rules hidup.
Hujung tahun 2016, suami aku jadi dingin. Takda gaduh takda apa, dia tiba² tak nak bercakap dengan aku. Aku cuba bagi dia ruang, mungkin dia tertekan dengan kerja. Aku buat macam biasa, tanya dia nak minum apa, makan apa. Urutkan dia bila dia balik kerja. Hidang air terus bila dia balik, aku cuba jaga emosi dia. Satu malam tu, dia panggil aku.
Dia cakap dia nak berbincang aku memang rasa takut masa tu sebab kelakuan dia pelik sebelum ni. Dia tanya aku, “ yang akan terima kalau abang benarkan orang lain masuk dalam keluarga kita? “. Aku agak was² nak jawab sebab aku kurang faham.Aku tengok mata dia, aku cuba faham apa dia maksudkan. Dia jelaskan lagi min, kali ni memang jelas sangat. Dia cakap dia nak kahwin dengan perempuan yang dia dah berkenan. Aku spechless sebab aku tak tahu dia bergurau atau serious masa tu.
Aku tanya dia, kahwin dengan orang lain sebab aku tak boleh bagi zuriat ke. Aku soal dia macam² min sebab aku dah cuba yang terbaik untuk kami berdua. Aku berusaha. Aku pergi buat treatment, pergi berurut dengan bidan, cara tradisional modern semua tu. Aku cuba bagi dia faham, Cuma perlu usaha sikit je lagi. Ada orang lain kahwin bertahun² pun belum dapat zuriat tapi dia cakap dia tetap dengan keputusan dia. Aku Cuma diam.
Tak tahu nak cakap apa. Aku naik atas, masuk bilik. Aku terus tidur min. Biar paksa mata tidur sambil nangis. Tapi aku tak nak fikir semua tu, aku harap benda tu Cuma mimpi. Keesokan pagi nya, dia bagitau aku dia tak balik rumah 2 minggu. Dia nak uruskan hal kahwin. Dia memang dah nekad and tak fikir apa aku rasa dah min. Aku mengaku dia mampu kalau nak kahwin lebih dari sorang Cuma aku takut aku tak mampu nak berkongsi kasih. Seharian aku fikir benda tu, aku kena redha kalau Allah dah tetapkan macam ni. Aku text suami aku, “ abang uruskan lah hal kahwin tu. Yang terima semua ni”. Sedih jangan cakap lah min, memang sedih. Aku rasa gagal jadi isteri yang baik untuk dia.
Tarikh perkahwinan suami aku dengan madu aku dah tiba selesai semua tu diaorang pergi honeymoon dekat luar negara aku cuba bagi dia ruang, aku cuba faham. Aku langsung tak bagitau mak ayah aku pasal ni. Aku tak nak mak ayah aku pertikaikan kenapa kena kahwin lagi sorang. Aku Cuma tunggu dia balik je min. Aku duduk sorang kat rumah, sunyi je. Aku rindu suasana yang dulu. Lepas je balik dari honeymoon, suami aku tak balik rumah. Dia duduk dekat rumah second wife dia sampai 2 bulan. 2 bulan tu langsung tak jenguk aku, tak call aku, tak text aku. Aku call dia selalu reject, aku text dia bluetick je. Bahagia betul dia dengan second wife dia sampai tak ingat kat aku. Aku Cuma mampu tengok status whatsapp dia je min. Rindu memang rindu tapi aku kena tabah dengan semua ni.
Aku masih ingat lagi, kali pertama dia bawa second wife dia datang rumah aku cuba tunjuk yang aku okey aku sambut kedatangan dia masa tu aku agak terkejut sebab ada 2 orang budak lelaki dengan perempuan dengan dia. Rupanya perempuan tu janda anak dua. Mungkin suami aku suka dekat anak² dia, pada pemikiran aku. Aku masak dan kami lunch sama². Lepas je makan, cuci pinggan semua, suami panggil aku. Second wife dengan anak² dia ada sekali. Suami aku cakap kami akan duduk sebumbung. Anak perempuan dia akan bersekolah dekat sini. Bytheway anak perempuan dia umur 12 tahun, yang lelaki pulak baru je 4 tahun. Second wife dia umur 26. Aku iyakan je bila dia cakap wife dengan anak² duduk sini.
Bila dah bawa masuk beg semua, dah tengok bilik. Second wife, kak ida je aku panggil, dia mula merungut dekat suami cakap bilik dia kecil. Dia tak suka bilik tu, tambahan anak dia dua orang. Bilik atas Cuma ada 2, kat bawah ada satu bilik tapi kecil. Bilik tu kitaorang buat letak kotak² kosong je. Kak ida bagitau suami, dia cakap dia nak duduk bilik besar. Bilik besar tu bilik aku dengan suami. Aku Cuma tengok muka suami. Suami suruh kak ida sabar, buat sementara waktu ni duduk dulu bilik satu tu. Malam tu suami pesan jangan tidur dulu. Aku tunggu je suami dalam bilik. Suami masuk, and duduk sebelah aku.
Dia suruh anak² dia duduk dalam bilik tu. Bilik ni dia suruh kak ida duduk. Aku tanya dia, aku nak duduk bilik mana, tak kan aku nak pindah bilik. Aku kecewa betul malam tu, dia suruh aku duduk kat bilik bawah. Depan dia jugak aku nangis, sebab aku rasa hanya di sebabkan aku tak boleh bagi dia zuriat dia buat macam ni. Berubah macam ni. Dia kisah keselesaan kak ida dengan anak² dia je, keselesaan aku macam mana? Aku kena buang dalam rumah sendiri ke? . aku agak emosi and pertikaikan semua tu. Kak ida ketuk pintu, panggil suami. Suruh teman dia tidur kan anak²




