assalamualaikum. harap sembunyi nama fb isteri aku. sebenarnya.. aku pon tak tau page ni page apa. hasil 2 3 4hari curi2 fon isteri dptla jawapan. rupanya ruangan luahan kisah rumah tangga. mula nak cek fon isteri ingat dia ada yang lain… sbb keja wat pasword ja.. tapi anak aku tau pasword tu.. apalagi tengah mlm jadi curi2la. aku scroll2 tengok2 dia ada meseg kat sini. luah segala masalah kami. aku ni jantan tapi aku takdapat nak tahan. apa yang isteri aku rasa. allah. aku salah… aku dah bertaubat. aku dah takkan abaikan isteri aku. selama setahun lebih..
setiap kali balik kerja dia tak pernah tak sambut aku tapi yang dia apa yang dapat hanyalah makian dari aku dan aku tau dia menangis dalam diam… sumpah aku sayang isteri aku… aku buat semua tu sebab nak mengelak tidak mahu selalu bersama isteri aku. aku ada scandle.. tapi sekarang aku kantoi dan aku dah berubah… in syaa allah aku takkan ulang apa yang terjadi sekarang antara aku dan isteri aku. dia pernah mintak cerai.. sbb tak tahan dengan perangai aku. waktu tu aku takut sangat.. tapi ego aku. aku masih lagi buat benda yang sama.. curang. sampai la 1 masa terbongkar segala rahsia.. pasal scandle aku sihirkan aku… dan isteri aku… patut selama ni aku jadi benci.. takboleh tengok muka isteri aku.. tapi bila jauh aku rindu…
lepas aku tau macamtu… cepat2 berubat. sampai skrg masih dlm rawatan. untuk pengetahuan semua. bini aku selalu bgtau dia sakit.. tapi aku tak percaya. rupanya sakit yang tak nampak. allah. aku mohon bekas scandle aku yang merangkap isteri org bertaubatlah. aku nak bgtau aku sayang sangat2 kat isteri aku. aku ambik dia untuk pikul amanah yang allah kirimkan. tapi aku tersilap langkah.. semuanya kerana duit…
perempuan yang suka kat aku tu umpan aku dengan duit… sampai aku lalai… lagakan aku dengan isteri aku…
sayang abang salah .. harap sayang maafkan abang… sumpah.. abang akan jaga sayang sampai terhentinya nyawa abang… 15 tahun usia perkahwinan kita sekarang… sebab apa bertahan? sebab sayang adalah yang terbaik untuk abang.
terima kaseh semua sudi baca. sebelom isteri aku sedar.. baik aku stop disini. doakan kebahagiaan kami kembali seperti dulu.




