pubg punya angkara. assalamualaikum krt. Cuma nak luahkan perasaan sedih. saya sedang menunggu hari utk bersalin malam tadi suami ada kata nak keluar ambil barang dengan abang ipar dia saya bagi tapi bila jam 5 saya terbangun, saya tengok suami masih belum balik. sumpah demi Allah saya risau kot2 dia jadi apa2 kat luar. dengan keadaan saya tunggu hari. anak 2 orang lagi masih kecil. Rumah adik beradik suami berdekatan. Rumah kampung 1 kawasan.
Jam 5 saya call suami tak berangkat, saya keluar cari dia tinggalkan anak2 tengah tidur dari rumah mak dia rumah kakak2 dia rumah adik dia tapi tak ade tapi kereta abg ipar dia yang sama2 keluar tadu ada kat parking. Mungkin Allah nmpk saya keluar pepagi cari dia sambil nangis, Allah tunjuk kelibat selipar dia kat rumah kakak ipar saya yang sorang lagi lega hati si isteri yang tengah sarat ni saya tahu dia kalau dah ke rumah tu selalu main game pubg ke apa enntah dengan abang ipar dia dan anak buah nya. mungkin dia tertidur kat situ.
Saya terus call dia. nasib dah nak subuh. sebab tu baru dia angkat call bagi tahu dia ada kat rumah sebelah (rumah kakak ipar). kata nya tertidur lepas install komputer entah laa. saya tahu dia main game. Hati isteri mana tak risau bila terjaga tengok2 suami tak ade lagi2 dia kata nak keluar malam tu. saya fikir yang buruk je dulu. maaf cerita berterabur. Lepas nangis mesti migrain. Terima kasih. ku benci online game. dari ibu beranak 3 yang sedang sarat.




