Assalam min. hide profil ye. nak mintak pandangan jer kat uolls. Saya dah kawen dekat 13 thn anak 3 orang. selama 13 hidup dengan suami saya tak penah rasa bahagia. Saya tak penah ada gelak ketawa. tak penah ada gurau senda. hubungan suami dengan anak2 pon renggang. tak penah bapak dia orang bergurau dengan anak2.
Bila bapak dia orang balik dari kerja, berlari2 nak dapat kan ayah. Tapi ayahnya marah. pegi sana ayah penat ni. sibuk je.. seepak kang. anak2 jadi takut nak dekat dengan ayahnya. kalau dengan saya pun macam tu juga. kadang2 marah kalau saya dok dekat dengan dia. dok jauh sikit bolsh tak. banyak lagi kerusi boleh duduk. Pergi dok sana.
Anak2 dari kecik sampai besar tak pernah dia sekalipon sentuh anak. apatah lagi nak dukung.. cium anak pon tak pernah.. anak2 makin menjauh dengan bpknye..
Memang ada ye bapak2 kt luar sana perangai macam ni.. Dia jenis yang tak suka dengan budak2 kalau budak2 bising main dalam rumah dia halau main kat luar bising dia kata pergi main jauh2. orang nak rehat pon tak senang..
Saya kdg2 kecik hati dengan perangai dia.. kadang2 baran tak tentu pasal. selama saya kawen dengan dia tak penah saya tengok kawan2 dia. dia memang tak der kawan. time raya kawam2 saya je yang datang dengan family saya. family dia kalau saya jemput baru nak datang.. tak jemput tak datang. Macamner ye nak buat ngan suami ni. mintak pandangan yang murni2 jer.




