salam admin hide profile sekadar berkongsi pengorbanan aku sebagai isteri menantu dan ipar..aku dari perak
aku tinggal bersama mertua kerana suami bagi alasan sunyi tinggal berdua aku akur sebab dia suami aku walaupun hati aku berat dan lebih memilih utk hidup sendiri tapi demi suami aku relakan..
biasala Bila masuk rumah orang tak kan sama dengan rumah sendiri dari situ aku belajar menerima kekurangan yang ada dalam rumah tu satu persatu dan belajar untuk biasakan diri kerana keadaan rumah yang penghuni dalam lebih kurang 10 orang..setiap kerja rumah aku lakukan tanpa sedikit keluhan walaupun penat yang teramat tapi aku akui terkadang suami datang membantu..
suami aku seorang yang manjakan aku walau kemana dia pergi dia tak kan tinggalkan aku dan jika aku sakit dia yang akan suapkan aku,hidup kami sangat bahagia walaupun terkadang ada perbalahan kecil tapi dia jenis mudah kembali ke normal dan dia sangat pantang bila tengok airmata aku jatuh dan dia tak kan biarkan sebab tu aku rela korbankan hidup aku tinggal dengan mertua sebab terlalu sayangkan suami,dari urusan mengemas memasak semua aku lakukan sebab aku nak ambil hati ipar ipar aku sebab aku tahu ada yang tidak menyukai aku awal perkahwinan lagi,segala keperluan suami aku jaga sebaik mungkin.
pakaian,makan minum aku tak pernah abaikan aku suka buat bekal tiap kali suami ke kerja dan memang suami aku tiap2 hari akan bawak bekal.aku tak pernah tinggalkan dia walau susah macam mana sekali pun aku tetap bersama dengan dia walaupun masa tu dia rasa kecewa yang teramat tapi aku tak pernah mengeluh aku bagi semangat supaya dia terus kuat dan aku selalu disamping dia.kami digelar pasangan paling bahagia.aku dengan suami jenis yang suka bergurau suka sweet2 wlaupun depan orang tanpa kami perasan ada hati yang cemburu melihat kemesraan ini.
Tapi akhirnya perkara yang tak dijangka berlaku aku dibuang dan suami tinggalkan aku atas desakan keluarga Dalam sekelip mata aku kehilangan suami apa yang aku terkilan perpisahan ini tanpa pergaduhan antara aku dan suami walaupun aku dalam keadaan mengandung tapi dia seolah olah buta aku terima dengan pasrah cuma aku sedikit terkilan bila berpisah tanpa sebab yang logik aku syak sesuatu sehingga ada kawan yang suruh aku cari ustaz untuk bertanya..
3 orang ustaz aku tanya bagitahu benda yang sama iaitu kami dihantar sihir pemisah dan sihir pembenci ya allah aku terkejut sebab aku tak sangka si pelaku tergamak buat hal yang syirik tapi aku percaya pembalasan allah swt ada