Assalamualaikum min. Aku just nak luah sebab dah penat dan buntu. Kalau kau post kira thanks sangat la min. Aku suami umur below 30 , bini sorang anak nak masuk 3.Ada rumah , ada kereta ( dicuri ) ada moto. Gaji sederhana tak pernah lapar, ada masa boleh makan sedap, tngok wayang jenjalan dan lain2.
Bini suri rumah dan kadang² niaga dan aku bawak pergi jual, also kitorg ada bisnes on9 yang sedang² hasilnya Alhamdulillah..
Aku just nak bgitau bini aku baik, cantik semua perfect just diaa ada masalah sikit Time aku dengan anak bini memang sangat sikit sebab aku warden sekolah dan aku selalu kluar pi cod dan kadang² buat home tutor. Jenis bini aku lak, kurang gile layan aku, fon addicted, suka rimas dengn aku, contoh – bila aku manja² dengan diaa, diaa rimas . Bila aku main dengn anak² depan diaa, dia blah masuk bilik. Bila aku main fon depan diaa, dia kata aku tak layan dia..
Bini aku gak jenis kuat cemburu buta, aku buat bisnes on9 so kadang² cust girls akan komen so aku balas tak lari dari point asal, dan ada yang pm pon aku balas tak lari dari point.. Tapi bini aku ni bila dia nampak komen dia mula mengamuk macam orang gila dan alasan diaa deppression, walhal banding life dia dengan aku, aku rasa aku lagi deppresion dengan majikan kaki kondem, tapi aku simpan sendiri sebab aku bukan suka letak masalah aku pada family, biar aku sorang je hadap..
Baru ni gaduh besar dia toreh tangan, aku dah mat! akal macam mana nak kawal bini aku ni.. Nak bawak pi jumpa doc ( untuk masalah deppres) aku jarang ada masa dan bila aku pikir aku tak boleh jaga dia dan nak tinggal dia cara baik mesti aku tak mampu sebab aku sayang gila kat diaa dan dia anak yatim.. Tapi aku buntu gila macam mana nak didik dia, aku ajar solat, aku bawak pi kuliah mengaji tapi stilll macam tu
Bini aku gak jenis pemalas, suka maki anak dan rumah always bersepah tapi aku bukan jenis bising so bila bersepah aku just let it be nanti dia kemas, Kadang² sampai berulat singki , sampah aku buangkan just nak dia packing je, anak kerap aku bawak keluar main, aku mandikan dan lain2. Aku pelik kat mana yang bini aku penat sangat dan deppress sangat tu.
Kat sini aku just nak luah sebab aku penat jaga hati semua orang dan aku buntu nak buat apa kat bini aku ni. Sumpah aku sayang dia sangat , aku just nk dia berubah dan kita sama² hadap rumahtangga ni. Komentar jangan la carut² , bagi la semangat sikit, aku kat tempat kerja ni, tengah down gila
Thanks guys. Assalamualaikum




