Salam min, saya isteri kedua madu saya tak tau kewujudan saya. Intro sikit ye, umur saya 28, madu saya 38, suami umur 34. Saya tak ada niat nak bermadu tapi dah jodoh kan siapalah saya untuk menidakkan. actually madu saya and family dia je yang tak tau pasal second marriage suami. kuarga suami semua tau. semua terima saya sebab apa? sebab madu saya tak suka bergaul dengan kuarga suami.
Keuarga suami orang kampung ja. family madu saya ni orang bandar, elit dan berkejaya. suami kawin dengam dia dah 5 years tapi family madu saya ni still tak boleh terima suami. tak tau sebab apa. Nak kata suami tak keja suami saya ni manager. baik. kuarga suami pun semua baik2. tapi mil dia tak penah layan kuarga suami ni baik. suami bertahan 5 tahun sebwb anak dia ja.
Dia sayag anak2 dia..terpaksa la makan hati duduk rumah mil dia selama ni. ajak madu duduk luar tapi madu home sick baru seminggu pindah dah demam2 nak balik umah. terpaksa la depa pindah balik rumah mil dia. suami tak pernah rasa masakan madu saya ni sebab dia bukan jenis masak kat umah. asyik makan luar ja..makan kat umah pun sebab tapau pastu maka sorang2 kat kitchen.
Sampai la dia jumpa saya. 2 tahun juga jadi staff suami baru saya tau pasal semua ni masa dia ajak balik kampung dia and kenal2 dengn family dia, mak bapak dia, adik2 dia yaAllah semua baik belaka. adik dia penah cerita bila madu ikut balik kampung, tak nak bergaul dengan family, terperap dalam bilik ja sebab rumah tak ada aircon. So bila dger cerita adik2 dia, mak dia, terasa betul la cerita suami selama ni.
Kesian kat suami 3 minggu lepas tu saya pun nikah dengan suami. Alhamdulillah suami nampak happy, saya hari2 balik keja masak untuk dia, saya belajar masak dari mil, saya suka sangat family dia. adik perempuan dia semua segak tapi semua baik2. sumpah tak tau la napa madu saya tak boleh click dengan depa. Balik keja lepas makan apa semua suami akan balik umah madu macam tu la hari2 sampai dah nak dekat setahun.
kadang2 jeles juga kalau tetiba phone dia bunyi madu suruh balik awai padahal saya baru je nak hidang tuk dinner tapi tu la kena sedar diri saya ni kedua. sampai la satu hari ,saya tengok suami isi form spouse buh nama madu. saya tetiba kecik hati terasa macam saya ni bukan wife. madu saya ni klu ikut position dia level2 manager saya ni level2 coordinator ja dia ada keta rumah besar saya asal kampung ja.
Saaya jadi sedih menyesal tapi suami berkali2 ingatkan semua tu tak penting, yamg penting family dia semua sayangkan saya and lagi satu setiap kali suami balik kampung, saya jela yang follow sebab madu saya memang tak suka balik kampung. kadang2 bila saya ada rasa jealous, saya terfikir napa dia tak ceraikan ja? suami tak pernah tido bermalam rumah saya.
Saya pun nak rasa life macam suami isteri normal, bangun pagi tengok muka suami kan. Jahat ke saya bila saya fikir macam tu? ada isteri kedua yg leh kongsi tips macam mana nak kawal emosi sebagai isteri kedua? thanks. Isteri Kedua