Salam admin. Saya isteri pertama sudah tiga tahun hidup bermadu. Seksanya hidup bermadu bila suami tidak adil. Malam ni giliran saya sehingga sekarang suami saya belum sampai rumah. Sebagai isteri ternanti2 hendak makan bersama.
Saya siap beli lauk masak istimewa bila suami janji nak balik tapi lama dah suami saya tak balik rumah saya. Kalau balik rumah madu cepat. Saya nak mengalah tapi belum ada kekuatan lagi, hati sakit. Cuba bertahan.
Tak terluah seksanya hidup bermadu dengan suami tiada ketegasan. Bila saya utarakan hak saya dimarahi pulak. Nafkah zahir btin ke laut. Awal kahwin suami saya tak begini balik rumah saya, makin lama bermadu saya makin diabaikan. Nasib baik saya berkerja masih boleh menyara anak saya.
Ya Allah berikanlah aku kekuatan utk membuat keputusan. Kadang2 saya terfikir apa keistimewaan madu saya. Janda anak 7 , lebih tua dari saya dan suami. Saya pun tak tahu nak bersabar sampai bila. Doakan saya agar ada keputusan terbaik.