salam. hide fb. ni fake. tadi ada baca confession laki pensyarah bengang bini dia suri umah tapi malas.. duit poket dah bagi 3k.. tapi nak gosok baju laki pun tak pernah.. masak pun tak bengang betul aku. Laki aku pun gaji besar macam si tt tu. tapi hutang dia banyak sejak sebelum kawin lagi. dia buat loan ratus ribu. siap bagi free kt akak dia puluh ribu.. hampeh kan..
Dah la aku ni kawin dengan dia.. tak merasa mewah pun.. walaupun aku ni bekerja. tapi gaji aku bukan besar pun.. dengan potong hutang loan aku lagi. tinggal berapa sen je duit aku.. Aku bengang dengan laki aku sebab dia ni kedekut. dari mula kawin. dia bukan nak beli pun mesin basuh dan meja makan.. aku yang beli kan siap aku beli dryer sekali.. nasib baik la rumah tu memang dia dah beli perabot sofa, katil dan sebelum kawin lagi.
lepas tu dia dari masa tunang janji nak beli kan aku jam mahal dan hp baru tapi tu sume tinggal janji ada dia penah nak beli kan dah .. aku yang kesian kat dia. cakap tak payah la last2 dia beli basikal 10k boleh plak. hampeh kan. Aku ni makan pun ber catu.. nasib baik aku ni memang jaga badan. so aku tak kisah mkn sikit pun sekali sehari, aku memang slalu ungkit pasal basikal dia.
Dia konon nak jual balik. last2 dia cakap tak jadi jual. dia sayang basikal mahal dia tu. ada dua basikal kot.. dah la tak pernah bawak aku bercuti best2.. aku tak mintak pun pergi oversea.. aku pun bukan suka naik flight… aku cuma harap dia spend la mewah2 sikit kat aku. bawak pergi hotel makan hotel ke. aku ni harap je kawin dengan orang gaji besar tapi hutang je banyak..
Dia tolong bayar kereta aku setakat rm300 je..tu pun dia yang selalu pakai jugak kreta tu. sebab dia sayang nak guna selalu kereta dia.. baju aku mekap aku sume aku beli sendiri. sedih kan.. aku ni baik sangat, selalu kesian kat dia. kalau dia nak belanja aku. sslalu aku cakap tak payah la. aku ingt ke dia tak ade duit…
Tapi sejak dia beli basikal tu.. aku dah start tak kesian kat dia. Tapi still aku beli banyak barang peribadi aku pakai duit sendiri.. Laki aku ni ada beli tanah lot rm100k tapi tanah tu masih tak dapat geran lagi.. dah 3 tahun lebih kot tunggu.. sekarang ada beli umah double storey tapi tahun 2020 baru siap tu pun hujung tahun kot siap. sekarang duduk rumah sewa buruk je. malu dengan family aku. yela family aku rumah mewah banglo hiasan dalaman pun mewah.. lawak kan?
Harap je laki gaji besar…tapi life tak mewah langsung rumah sewa buruk dengan tandas pun buruk. bilik tetamu dah la tak ade katil. kedekut betul laki aku ni.. aku nk offer beli kan katil untuk bilik tetamu pun dia tak bagi. dia kata tunggu umah baru. Dia nak spend 20k untuk perabot. puiii. aku tengok laki lain kawan2 dia yang gaji besar… anak pun tak ade lagi tapi dah beli rumah mewah. bini tak kerje pun goyang kaki je. sumpah aku jeles keje pompan tu melawa je. Ikut laki pergi kursus kt oversea la.. habiskan duit laki.. anak tak ade. puii.
Dah la family pdrmpuan tu aku tengok macam amik kesempatan je kat laki tu… mil perempuan tu la jenis baik2.. sayang menantu.. tak kisah pun menantu dia tak kerja.. tak beranak.. habiskan duit laki. untung kan perempuan tu. family mertua aku lak dah start macam menyampah dengan aku… kalau ajak makan.. tak pangil aku pun. haha.
Aku syak mil aku fikir aku ni habiskan duit laki kot. oii nak makan sedap pun. aku yang belanja laki aku tau. belanja family aku pun pakai duit aku. nak apa lagi? duit raya pun aku bagi mertua sorang rm200 walaupun dia tak jage aku pantang bersalin pun. laki aku ni banyak hutang. dah bagi puluh ribu kat anak perempuan ko (kak ipar aku) memang la laki aku tak mampu nak bagi duit bulanan banyak2 kat mil.
Aku ni pun tak dapat duit poket pun. beli baju raya pun pakai duit aku sndiri. untung la anak ko dapat aku ni. bini cantik macam model. anak orang senang la jugak. tak jadi suri umah kalau aku nak bersalin kat swasta pun hak aku la.. anak perempuan ko tak pe plak dia beranak swasta. kenapa menantu tak boleh plak yee dak? lagi 1 kite ni sebagai orang tua. jangan la busuk hati dengann anak menantu.
Besarkan anak tu biar ikhlas sbagai amanah.. bukan nak perah duit anak macam lintah darat. Anak balik jenguk pun kira bagus. dah la duduk jauh. kite ni kalau tak pernah mewahkan anak bagi anak makan sedap. siap letak anak kat asrama sampai anak besar. Supaya tak payah kluar belanja bagi anak makan. Jangan la kite harapkan anak mewahkan kite…. malu la sikit…
Aku lagi kesian kt mak bapak aku. tak harap pun duit anak2. abg2 aku jarang balik kampung pun diorang tak kisah. sebab faham abang2 aku busy ..tapi kalau kite orang balik…mak bapak aku masak sedap2 macam hotel.. kakak2 ipar aku tak payah tolong pun. ayah aku dah siap masak.. punye la gembire anak2 balik… diorang faham kita orang penat kerje. balik untuk cuti rehat. bukan nak balik rumah mertua jadi kuli pulak… mak bapak aku the best lah..
Mak aku cukup sayang menantu2 dia. walaupun kak ipar aku sorang tu jarang balik. bagi duit raya pun rm50. Tapi mak aku sayang je. dia kesian lagi ada la sebab faham anak menantu dia struggle hifdup kat kl. Anak dua lagi beli umah lagi kat kl.. memang duit tak banyak.. aku ni balik rumah mertua sentiasa beli kan buah tangan,, kadang2 aku suruh laki aku beli kan lunch…supaye mil tak pyh masak.
Aku pun malas nak masuk dapur orang.. jeles tengok kak2 ipar belah aku. Tak payah tolong masak pun. lauk dah berhidang. siap ayah aku masakkan. tak harap pun mnantu masak. sebab mak pak aku meraikan anak menantu balik. cuma masa raya jela kak ipar aku buat keje tolong2 masak. laki aku banyak kali jugak offer suh aku pegang gaji dia. aku je yang tak nak konon2. tapi lepas ni aku nk pegang cerite panjang lagi nanti aku buat netakt confession.