Hi saya nak minta pendapat sikit… Saya ada 2 org anak kecik.pagi2 bangun sahur saya masak sambil dokong anak. Anak sy nangis. Bapaknya tido tak sedarkan diri. Masa sahur saya suruh suami makan dlu saya susukan si kecil. Lepas sahir terus suami saya isap rokok lama trus masuk imsak. Saya xsempat sahur. Bila tiba waktu buka suruh saya masak macam2.saya masak, mandikan anak tukar baju tidur, kemas, mop rumah, buang sampah. Basuh periuk kuali lepas masak. Bila azan buka anak merengek mengacau di meja makan. Suami mengeluh2.saya terus merajuk tak jamah makan apa pun terus bawa anak main dalam bilik. Saya lapar xsahur buat kerja susukan anak. Bila masa saya nak buka dia macam xkasi saya buka. Sedihnya…
Bila anak da tenang da dalam pukul 8-9baru saya buka sorang2 dan basuh pinggan2 semua dan kemas meja.
Suami pernah cakap kalau tak suka blah la dari rumah ni… Saya sedih sangat… Saya tau saya menumpang tidur disini. Dan menumpang makan lauk2 basah yang dia beli… Dia xpernah aggap saya isteri. Dan bila saya tengok di fb dia… Kerap add perempuan cantik2 dan mesej hai.. Hai… Nak berkenalan dengan semua perempuan2 tu… Apa dia nak makan semua saya kena masak sediakan. Kene ikutkan. Tapi bila keinginan saya dia selalu taknak tunaikan. Nak beli baju raya ke nak itu ini tak pernah ditunaikan. Duit bulanan tak pernah bagi…
Dulu kami nikah gantung Dia janji masa tunang nak bagi rm10k utk hantaran mase nikah dapat mas kahwin je. Lepas nikah trus smpai sekarang majlis kawen nya xada dan hantaran pun xada… Saya pun ada keinginan nak bersanding dan sebagainya. Tp dia langsung xpaham. Saya rasa macam saya dianiaya dan ditipu… Macam lebih nak jadikan saya pembantu rumah secara free.. Boleh bagi saya pendapat… Apa perlu saya buat jika saya taknak tinggal disini dan teruskan lagi perkahwinan ni… Saya nak keluar rumah tapi saya takut dituduh nusyuz dan sebagainya. Dan dia halau saya kata kalau xsuka boleh keluar. Macamana ye