Hai admin.. Trima kasih sekiranya siarkan nukilan saya ni. Nukilan saya ni banyak nak nasihat tentang orang lelaki.
1. Bila dah kawin tu, tolong utamakn isteri anda. Ekonomi kaluarga tak perlu rujuk pada ibu anda Contohnya nak beli sofa ke nak beli kereta baru ke nak beli perabot, tak perlu mintak izin ibu anda. Kalau ibu anda jenis sporting tak apa, kalau jenis kedekut berjimat nak habis, kesian la isteri anda kan sebab tak dapat menikmat! gaji suami dia sebaiknya. Lebih2 lagi jika isteri tak kerja. Mengharapkan suami untuk beli perabot.
Si suami plak jenis anak mak, nak beli apa2 tanya mak dia dulu. Lepas tu mak dia jenis kedekut terus berkeras suruh tak payah beli sebab membazir. Rumah pun kosong, kereta kecik. Nak beli kereta baru, mak dia kat membazir. Padahal kereta yang ada sekarang ibarat menunggu masa nak roboh je. Dah banyak kali kereta kena tunda sebab rosak tengah jalan.
Hati dah terbuka nak beli kereta baru, tapi sebab jenis anak mak, ikut kata mak. Jadi naik la kereta buruk lagi kecik tu.
Nak pergi jalan jauh terpaksa pinjam kereta adik beradik sebab kereta tu dah tak larat nak pergi jauh. Dah macam miskin sangat dengarnya. Padahal si suami kerja kerajaan gred tinggi. Tapi sebab kedekut dan jenis suka ikut kata mak punya pasal, naik la kereta buruk tu.
Sekarang ni bukan tak bersyukur, tapi kalau duit asyik habis baiki kereta, kenapa tak beli je yang lagi elok?
2. Kepada suami, tolong lah back up isteri sendiri kalau ibu anda mengata dia macam2. Bukan suruh derhaka, tapi lindung isteri. Kan kalau isteri menjawab, mertua lagi terasa. Biasanya isteri yang tak kerja la dapat mertua teruk macam tu. Dilayan teruk macam fakir miskin sebab tak kerja. Lepas tu selalu mengungkit menyusahkn anak dia. Suruh jual macam2 kat pasar malam. Padahalnya menantu dia tu tukang jahit, upah menjahit berapa sminggu bila dapat. Hasil upah tu lumayan juga.
Tapi jenis mertua tak boleh tengok orang senang. Dia tengok isteri jenis goyamg kaki. Ye siang2 memamg goyang kaki jaga anak kecik. Tapi malam2 masa orang tido dia menjahit sampai subuh. masa menjahit orang tak nampak, orang nampak kita ni masa rehat je. Bila mertua kata macam2, si suami ni diam je kelip2 mata tu, tak adenya nak back up isteri.
3. Si suami, lepas kqwin, tolong lah menyewa kat lain. Anda mampu kot. Sampai bila nak berkepit bawah ketiak mak. Lepas tu memang la mak dia tak bagi menyewa sebab membazir anak dia bayar sewa sorang. Tahu tak bertapa seksa duduk dengan mertua? Isteri kena Bertudung stiap masa, tak boleh bermalas. Nak lepak dalam bilik lama2 segan. Tak kisah la ibu kau tak bising pun bini kau suka duduk dalam bilik, tapi tak selesa tahu tak? Tak boleh nak baring depan tv.
Dah la aurat kene selalu jaga. Panas tau tak? Hari period kepala pening tetap kena buat rutin macam biasa, rajinkan diri di rumah mertua. Kalau duduk sendarii we have optional untuk beli bungkus dan tidut sepanjang hari. Orang laki memang suka duduk rumah dia, ye la rumah mak kau kan. Kau boleh rilek. Balik kerja baring main hp sampai malam. Bini kau ni la macam orang gaji kehulu kehilir.
4. Satu lagi, kalau dah kawin buat la cara kawin bro. Yang kau nak bawak hidup masa bujang dulu pehal doh. Ye aku tahu kau penggemar game online. Bini kau dulu pun suka main game online. Tapi lepas kawin masing2 ada kesedaran, ada tanggung jawab, why dont u sacrifice that? Boleh je doh kau nak main game atau buat hobi kau. Tapi tengok atas masa la. Bini kau tengah sibuk masak kat dapur, anak nangis nak berdukung, kau sibuk main game online.
Aku tahu lah main game tu tak boleh pause. Sebab tu tu aku kata main lah malam masa anak dah tidur. Dah settel semua kerja. Masa tu bini kau dah rilek semua, main lah kau nak main apa pun. Ni dah macam penagih dadah aku tengok. Tengah main game, bini paggil mintak tolong, kau hempas2 hp marah2. Anak kacau kau tengking anak. Tengah main game , lepas tu kalah ko marah hp.
Perangai macam ni kau ni, tak layak ada anak bini doh. Membujang ah ko bwh ketiak mak ko sampai tua. Bila bujang senang, balik kerja mngadap la hp tu sampai esok.
5. Bini kau cantik, pilih kau dulu sebab nampk kau macam boleh harap. Peragai kau macam ni, ramai lagi lelaki baik untuk dia. Hidup la kau dengan mak kau berdua. Sama2 kedekut bakhil berjimat nak mqmpus. Yang mak tu siang malam pergi masjid, tapi sifat bkhil sikit pun tak terkikis. Dengan mulut suka mengata orang. Menantu kerja bagus kau tatang wlupun sikit tak tolong kau kat dapur. Dengan anak mereka yang nakal.
Menantu yang tak kerja, selalau tolong kat dapur ni kau benci pandag hina. Kepada semua wanita, didik. anak anda dari kecik tentang tanggung jawab. Bukan nak suruh buat macam orang gaji, cukupla dah basuh baju dan pinggan sendri. Biar ada rasa tanggung jawab Ok bye.