Assalamualaikum sis… Tlong hide kan fb saya. Selalu saya je baca pasal kisah orang… Tapi hari ni tiba2 terjadi kat diri saya. Rasa sedih sangat… Cerita nya bermula. Pagi tadi. Bila suami baru sihat. Sebab dia 2 hari demam. Muntah2.. Tak lalu makan. Sampai saya masak kan bubur untuk dia.. Saya suap lagi.
Pagi tadi dia start kerja balik.. Semalam dia tak tidur… Sampai pagi dok main hp.. Saya dah tegur suruh dia tidur. Sebab baru je nak sihat. Dia melenting.. Lepas tu sampai tempat kerja… Dia whatsaap saya.. Kenapa seluar saya ni. Sebab lecet kena iron. Bukan teruk sangat. Sikit je. Mybe saya mengantuk sebab iron pagi2. PuKul 6.. Sebab saya pun kerje kedai makan. Saya letih dengan kerja rumah lagi.
Dia kerja guard je duduk saya dah iron dah malam tu tapi dia komplain cakap tak suka sebab ada garisan kat tengah tu. Dia wassap saya. Hina saya. Cakap saya selama ni menyusah kan dia je. Di sebab kan saya dia susah. Saya tahu selama ni saya tak kerja. Tapi demi allah sikit pun. Saya tak minta duit kat dia. Nak beli barang apa2..
Barang dapur pun dia yang nak beli kan. Tak pernah pun dia hulur kat saya sikit pun.. Saya sedar saya tak kerja. Sebab tu saya diam je. Bila saya nak benda. Saya simpan je dalam hati saya. Bila saya ada duit baru saya beli sendiri.. Gaji dia boleh lah untuk kami. Kalau di pikir kan..rm 1800 Kami tak ade kereta nak bayar. Umah pun.
Rumah mak mertua bagi. Bayar bil elektrik je.. dengan air. Bila saya tanya cepat nya duit habis. Dia cakap saya dengan anak saya nak makan sedap je. Wallahualam. Tak pernah sekli pun saya makan sedap. Dan tak pernah sekali pun saya minta kat dia. Dia yang beli. Tu pun dalam 3 bulan sekali…
Abang saya duduk sekali dengan saya. Abang saya kerje. Kadang tak ade lauk. Beras. Abang saya hulur duit. Suami saya buat tak tahu je.. Dia yang tahu lauk apa masak hari ni. Dia teramat panas baran. Ego. Tak nak dengar nasihat. Saya malu dengan abang saya. Bila dia perangai macam ni. Apa patut saya buat. Apa saya kena bersabar lagi. Nak hadap perngai dia. Yang tak sudah2. Mnyakit kan hati saya.
Bila saya balik. Saya dengan anak. Rasa dok dalam rumah tu. Bila ada dia. Kami rasa duduk dengan orang lain. Erm Jangan kecam saya ya sis. Saya tak tahu. Nak luah kan kat sape. Sebab saya dah tak ade orang tua. Nak luah kat abang saya. Saya segan. Kadang saya menangis je… Pendam and pdndam selagi mampu.. Terima kasih sudi. Dengar luahan saya ni.. Betul lah orang tua cakap. Bila kita salah pilih suami. Ini lah padah nya.




