Salam krt. Saya ada post sebelum ni yang berkenaan suami nak kawin janda 10 tahun lebih tua daripada dia tapi tak mampu pun sebenarnya. Untuk pengetahuan krt janda tu adalah seorang cikgu berusia 38 tahun dan bekas cikgu dia. Saya rasa mungkin dulu dia pernah ada hati pada janda ni waktu di zaman sekolah. Tapi cinta tak kesampaian lah kut. So masih ada di dalam hati.
Bila dapat jumpa balik tukar2 num fone tu yang menjadi tu. Janda ni dah mnjanda dalam 10 tahun ada seorang anak berusia 10 tahun. Dari cerita yang saya dengar ex husb dia kejam dengan dia selalu pkul dan main perempuan. Dia bercerai sewaktu masih mgandung lagi. Yang saya tak paham kisah hidup dia dah hitam macamtu kenapa masih nak menganggu rumah tangga orang? Dah tua lagi. Jauh lebih matang dan tua dari suami. Jenis perempuan macam mana tak tau lah.
Bila saya tanya suami dia jawap dia tak tahu kenapa dia boleh jatuh sayang dengan janda tu. Mungkin dah fitrah dia sebagai seorang lelaki. Mungkin ni dah memang tkdir untuk dia. Dah tertulis macam ni. Saya tau suami saya, saya kenal dia. 5 tahun kita orang bercinta 3 tahun dah berkahwin dia bukan jenis kaki perempuan. Tak pernah save num perempuan tak pernah chat perempuan. Tapi kes ni saya rase janda ni yang mula mengayat dia dulu. Sebab dia pun dulu dah pernah ada hati kan. Atau dia terjatuh simpati pada janda ni.
Sebab tu saya tak nak bercerai Suami saya seorang yang baik tak saya nafikan Jujur Pemurah Seorang yang bertanggungjawab. Tidak panas baran bukan kaki pkul tak main jud! tak minum tak pergi cllub tak amik ddah. Cuma kalah dia pada godaan (nafsu). Even sekarang pun dalam dia ada skandal dengan janda tu dia layan saya dan anak2 still macam biasa. Layan baik. Tqnggungjawap tak lepas.
Selepas kantoi diorang dah susah nak jumpa sebab janda tu duduk utara kami di kl. Kiranya dorang ni pjj lah. Saya dah cerita masalah kami ni pada mil saya dan suami kena marah teruk dn minta dia lupakan janda tu. Tapi suami berdegil still contct janda tu sebab dia kata dia bukn jenis senang2 tinggal macam tu dia dah berjanji nak kawin dengan janda tu dan dia akan usaha tunaikan.
Saya ada ugt cerai pada suami dan suruh dia pilih antara saya atau janda tu tapi dia tak nak pilih dan dia kata dia takkan ceraikan saya dia nak juga saya dan anak2 sampai mat!. Tapi baru2 ni suami ada buat lafaz taklik pada saya dia kata selagi dia belum berkahwin dengan janda tu saya tak boleh msg atau call janda tu kalau saya buat jugak jatuh talak untuk saya.
Dia lafaz macam ni sebab sebelum ni saya ade msg janda ni berbau ugtan dan janda ni takut. Katanya nak buat cover report. Orang bersalah memang lah selalu takut kan? Sedangkan saya rasa saya tak delah ugt dia cuma saya kata kalau saya nak buat saya boleh buat macam2 sebab saya tau banyak tentang dia. Tu yang dia takut tu.
Dan suami pulak takut kalau janda tu report saya boleh disabit. Jadi untuk bagi saya tak ugt janda tu lg dia buat lafaz taklik pada saya supaya saya tak boleh cntct janda tu. Fb pun dah block. Rasenya dah banyak saya cerita hal ni dalam luahan saya kali ni. Jadi krt pun dah tau serba sedikit hal ni. Yang saya nak tanya pada yang lebih berpengalam sekarang apa yang perlu saya buat?
msg mak janda tu bgtau perangai anaknya sebab saya tau fb mak dia? pergi serang sekolah tempat dia mengajar dan dia boleh kena tindakan? biarkan saja dorang kawin poligami? buat report ganguan orang ke3 macamana caranya mtk ajar saya? Maik mahkamah tuntut fasakh saya tak tau prosuder nya macamana.
Saya dah nekad sekarang apa pun yang terjadi saya tetap kena kuat. Saya tetap harus bersama 2 orang anak lelaki saya. Abang 2 tahun2 mnggu adik 49 hari. Ye saya baru habis pantang. Saya dapat tau suami curang sewaktu kandungan nak masuk 9 bulan. Tapi hubungan dorang dah dalam 9 bulan masa tu. Ye saya berpantang dalam keadaan yang meyedihkan dan murung sangat sampai susu badan pun tak ada.
Kepada akak2 yang suruh saya balik je kerumah mak saya, kami memang duduk menumpang disini pun. Dr hari pertama berkahwin. Weekend balik tidur rumah mil pulak. Kami tak menyewa mana2 rumah. Tapi suami ada beli rumah awal tahun depan bari siap.