Assalamualikum admin, minta hide fb saya yer, Ya Allah hanya Allah lah tempat mengadu, tiada upaya saya nak harungi hidup ni lagi.. Saya terseksa, suami saya baru sahaja melafazkan perkataan cerai kat saya apa salah saya.. Untuk pengetahuan semua saya baru sahaja diberhentikan kerja . Kami dikurniakan 6 zuriat, 4 sudah bersekolah lagi dua masih kecil. Hanya suamilah tempat saya bergantung sebagai mata carian rezeki dalam keluarga kami.
Suami saya seorang yang baik, sembahyang tak tinggal jaga kami sekeluarga tapi hati saya dire muk, diketuk dan berasa sangat terguris dengan kehadiran ‘orang baru’ yang merubah hidup kami sekaligus merubah diri suami saya. Pada permulaan, ibu mertua saya memang tak suka saya, saya tau dia ada pilihan yg terbaik untuk anak dia. Tapi saya berkahwin dengan suami saya atas dasar cinta, dia suka saya dan saya suka dia..
Tapi baru2 ni dia selalu ikut je cakap ibu dia. Ibu dia sanggup buat kami macam ni, dia cakap dengan suami saya suruh tinggalkan saya demi nak kahwin dengan perempuan pilihan ibu dia sebabnya dia kaya, cantik, serba serbi lengkap untuk suami saya. Ya Allah remuk hati saya, tau tak anaknya itu sudah berkahwin? Ada anak lagi yg perlu dijaga dan diberi tanggungjawab penuh.
Saya buntu macam mana lah saya nak cari sumber pendapatan, nak tanggung anak2 saya lagi.. Saya buntu macam mana saya nak mula? Ape perlu saya buat? Kalau saya berbisnes Ade ke orang nak beli dan bagaimana? Harap pembaca jangan kecam saya.




