Suami balik kerja lewat tengah penat aku tanya kenapa balik lambat. Pergi minum dulu dengan kawan. Haa pergi kerja awal balik lewat layan kawan2. Bila bergaduh aku tuduh suami bukan2 asyik kerja tak ada masa kat rumah. Kerja hari2 off pun kerja duit tak cukup jugak. Aku bosan urus anak 3 orang sorang diri setiap hari suami kat rumah banyak masa tidur main game. Aku rasa kosong pengorbanan sia2 sampai bergaduh besar laa kenapa dia selalu pergi kerja awal balik lambat setaun aku perhati semenjak dapat kerja baru.
Sejak tu aku mula tuduh dia dah tak sayang aku. Jarang bawa aku dengan anak keluar jalan. Pentingkan kerja dari kami anak beranak. Duit habis dekat hutang, nak jalan kena tunggu gaji dah gaji habis kat hutang lagi cukup makan pakai je. Lepas bergaduh besar kami berbaik. Suami jelaskan yang dia pergi awal sebab nak jaga prestasi. Tak nak record buruk takut pegawai tak suka nanti bonus tak cantik. Kalau bonus banyak niatnya nak bawa kami pergi legolands kat Johor.
Aku pulak bagitahu aku marah balik lambat sebab aku rindu, kadang laki balik lambat aku tertunggu. Dah la masa dia kat rumah terhad. Sejak kami kerap bertengkar pernah jugak laa suami paksa aku siap dia nak hantar aku balik kampung jumpa mak ayah aku mungkin dia da benci aku dengan anak2. kata aku sebab dia paksa aku balik kampung sebab tak tahan dengan sikap aku seakarang ni. Aku packing kain baju aku semua ibarat ini laa kot yang suami aku nak duduk sorang kerja balik lambat tak ada orang kesah dalam hati aku.
Dah masuk dalam kereta kami diam tak bercakap tiba2 kereta terbabas berasap enjinnya Kereta rosak stering tak boleh nak pusing berhentilah kami ditepi highway. Sementara tungu pomen sampai. Da siap kereta pomen tak bagi jalan jauh patah laa balik ke rumah kami.
Aku balik rumah buat kerja rumah layan anak macam biasa suami aku tegur aku buat tak tahu ada laa 2 hari kami tak bercakap. Aku kalau marah suami gaduh ke apa tak pernah lebih dari 3 hari tak tegur. Ingat dia nak pujuk laa rupanya ha ram buat tak reti je.
Malam kedua aku tidur berasingan dengan suami aku termimpi ayah aku nak jodohkan aku dengan orang lain. aku tak nak. Tiba2 tersedar dari mimpi aku cakap dekat diri aku sampai bila nak macam ni gaduh hari2 aku termenung jap dalam hati berdoa Ya Allah bantulah aku nak berubah, aku tak nak hidup aku huru hara bagilah aku jalan keluar dari masalah yg berpunca dari kebo dohan aku sendiri.
Ya Aku yg patut berubah. Gaduh bagai nak rak pun laki tak paham makin benci makin menjauh.
Entah macam mana aku bole rendahkan ego aku aku pergi kat suami aku aku peluk dia sambil nangis. Dia peluk aku balik tanya kenapa nangis aku diam je. Adoi, dah rasa macam budak kecik pulak nak nangis bagai. Cukup 3 hari aku dah berbaik dengan suami aku. Aku lupakan segala apa yang berlaku. Ya sekara g aku dah sedar aku laa yang salah. Dia tak buat bukan² Biarlah dia nak kerja ke balik lambat ke jangan ada skandal kat belakang aku udah. Janji makan pakai aku nafkah bulanan bagi cukup.
Bab berjalan aku da tak kesah kau nak bawa2.tak nak kalau boring kat umah aku stat moto pusing taman petang2 dengan anak2 aku. Sekarang aku bahagia dengan cara aku tak perlu tunggu suami bawa kemana. Teringat pula cara ayah sayang mak sampai sekarang masih kekal tak pernah wujud orang ketiga mungkin laa salah satu rahsianya mak matang tak pernah tanya ayah ke mana dan tak penah marah ayah balik lambat. Walaupun ada yg fitnah ayah kami kawen dua last dapat tahu orang yang fitnah tu suaminya berbini dua.
Pastu sorang lagi tuduh ayah kami dia sendiri tak sedar ayahnya berbini dua.
Lantak laa orang nak tuduh apa mulut orang memang susah nak tutup. Yang pasti ayah aku tak pernah tak balik ke rumah. Tidur tak pernah berasingan.
Tula kot rahsia berkekalan. Saling memahami. Aku harap aku lebih matang dah malas nak gaduh bab hal remeh temeh ni.
Penat wei jadi boo doh tak matang pikir bab laki 24 jam. Banyak lagi benda faedah dari kawal laki lagi kawal lagi liar biarlah Allah yg jaga kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai isteri dengan sebaik mungkin sudah.. Redha Allah bersama redha suami. Murka Allah bergantung pada redha suami. Semoga suami kita redha dengan kita sebagai isteri.




