Salam warga KRT. Saya baru lepas kena penumbuk dengan suami saya. Bertubi2 dia pukul saya. Allah je tahu sakitnya macam mana. Puncanya sebab saya tanya dia kenapa dia tak pernah buat surprise untuk saya. Dah 4 tahun kahwin, sekali pun tak pernah bagi apa2 hadiah untuk saya. Dia diam je. Dalam kereta tu saya je bercakap, pastu saya tolak badan suami saya pelahan je sebab dia diam ..
Sekali dia tumbuk saya bertubi2 dalam kereta. Terus terang saya cakap. Hati saya lagi sakit dari badan saya yang kena tumbuk bertubi2. Saya mungkin bukan isteri yang baik sebab harapkan hadiah dari suami saya. Padan dengan muka nak sangat hadiah harijadi. Ini lah hadiah yang suami saya bagi tuk saya harini. Saya tak akan lupa sampai bila2. Mungkin silap saya terlalu berharap. Lepas ni saya tak akan berharap apa2 lagi. Mungkin ni ujian Allah bagi supaya saya lupa terus pasal sebarang hadiah dari suami saya.




