Assalamualaikum admin.. izinkan saya meluahkan perasaan d sini ya ni fb fake sebab saya tak nak aibkan suami saya. harini saya rasa sedih sangat, pagi ni kami dan suami tak bercakap langsung. dia pergi kerja tanpa kata apapun. saya pun sengaja sibukkan diri urus anak2 sebab malas nak layan perasaan. ceritanya malam tdi dia mntak nak Bersama, tapi saya tolak sebab tak larat.. seharian penat mngurus anak2 5 orang. anak kelima baby 4 bulan.. lagi pun semalam saya rasa tak sedap badan sangat.. saya tolak dengan cara baik. mintak dia sabar tunggu esok malam sebab malam tadi tu saya betul2 rasa tak larat. nak bngun pun tak larat.
Dia tetap berkasar tarik tngan saya tarik badan saya peluk secara paksa ya Allah tak tau nak cakap apa kenapa suami saya jadi macam ni. bukannya saya tak pernah layan dia langsung. tapi nfsu dia tu macam tak boleh kawal lagi. saya tetap tak nak, saya tinggikan suara saya. dengan kekuatan yang masih bersisa saya lspaskan diri dari dia. terus berubah air muka dia tu min. air muka yang sebelum ni saya tak pernah nampak dia macam nak telan orang and cakap kat saya “kau ni dah tak boleh pakai lagi!” Allah… tersentak saya seketika.
begitu ka pandangan suami kepada isteri dia? seolah2 saya ni semacam ‘BARANG’ saja pada dia. “tak boleh pakai lagi”… sampai pagi ni terngiang ngiang perkataan tu di telinga saya min. air mata balik2 nak jatuh tapi saya tahan sebab depan anak2.. dan semalam dia cakap lagi seolah mengugut suruh saya jangan menyesal kalau dia kahwin lain nnti. saya dah tak tahan, akhirnya lepas juga deraian airmata saya semalam sambil kumpul kekuatan nak balas balik cakap dia tu. saya cakap ‘ko rasa diri kau tu layak lagikah nak khwin lain? aku sorang ni pun ko tak mampu nak tunaikan nafkah dengan sempurna ada hati nak khwin lain? sedangkan bila duit rm50 yang ko bagi dengan aku tu pun, pakai duit tu juga la aku beli brang dapur untuk kau melantak! ko rasa ko mmpu ke hah??
Ni anak2 ni, ada ke ko kesah nak jaga diorang? semua nya aku tau! aku!!! yang jaga makan mnum diorang. sakit dia orang. tantrum diorang. berak diorang. ko dengar sini ye, ko tu bukan suami yang BAIK! Jauh sekali dari SEMPURNA! jangan ingat selama ni aku diam aku ok! sebab aku diam ni la aku pendam saja smuanya dalam hti ni. sekarang ni aku baru sekali tolak nak layan ko trus ko cakap aku dah tak boleh pakai? siapa yang tak boleh pakai sebenarnya ni.? ko kahwin ni sebab nak sedap saja ka?” dia pun trdiam je min dengar saya cakap smua tu. mintak maaf la saya bukan nak mengungkit, tapi suami ni kadang kita kena ingatkan sikit tentang semua pengorbanan yang kita dah lakukan untuk diorang. sebab kadang diorang lupa sebab nafsu sementara lebih hebat.
semalam saya rasa macam satu malam yang sangat panjang.. basah bantal saya penuh airmata hasil tangisan tanpa suara sampai subuh tadi saya terbangun sebab nak susukan baby, lpas susukan saya trus solat subuh untuk mengaduh pula pda Allah.. lepas tu bru la saya tenang sikit min.. saya tau saya tak patut cakap smua tu pda dia. mungkin salah saya juga sebab tak layan dia smalam tapi saya betul2 tak sedap badan.. nak kata apa lagi.. mulai hri ni smuanya tak kan sama. perkataan ‘tak boleh pakai lagi’ tu akan selalu menghantui saya mulai sekarang. trima kasih min.




