Rendang Dalam Iddah, Assalamualaikum Admin.. Tolong hide kan nama dan fb saya.. Luahan saya mungkin sedikit panjang. Perlukan kekuatan..cuma saya mahukan kepastian dari para pembaca adakah saya isteri yang bersalah ? Pada 2007, saya menyambu ng pelajaran di sebuah ipts.. disitulah bermulanya perkenalan saya dengan suami. kami sekelas. di situ majoriti pelajarnya adalah lelaki. Perempuan hanya beberapa kerat sahaja. Jadi saya antara yang menjadi rebutan. Dan dalam ramai2 lelaki, saya memilih dia. Mungkin terlalu awal la nak bercinta tapi masa di ipt menjadi perkara biasa la. Teman untuk belajar la kiranya. Hehe. Hubungan kami panjang sehinggalah ke jinjang pelamin pada tahun 2012. Dia menjadi seorang polis. Semasa belum tamat belajar lagi saya mendesak dia untuk mohon menjadi anggota, mulanya dia tak berminat tapi kerana sayang dia ikotkan jugak kehendak saya sehinggalah dia berjaya. Semasa dia temuduga saya lah yang banyak membantu dia. Maknanya setelah kami tamat belajar dia terus dipanggil untuk menjalani latihan 6 bulan. masa tu, saya fikir kalau dia bekerja kerajaan , hidup kami akan lebih terjamin. Alhamdulilah apabila dia tamat latihan pada tahun 2011, kami terus merancang untuk berkahwin. dan kami selamat diijabkabulkan pada june 2012. kami menjalani hidup bersama sama di kuarters polis. kami bahagia. Walaupun hidup serba sederhana. ditambah dengan kehadiran anak pertama kami. Pada mac 2013. Saya tidak bekerja. Jadi kami kekurangan sumber. Ada hari kami senang ada hari kami susah. tapi kami bahagia.
Disebabkan mengalami sedikit kesusahan itulah suami bertekad untuk naik pangkat. dia mahukan kehidupan yang lebih baik untuk kami sekeluarga. setelah berusaha , dia mendapat peluang untuk dinaikkan pangkat dan menjalani latihan semula selama 9bulan. mgkin dikatakan rezeki anak . Berita dia layak dinaikkan pangkat itu memang jatuh pada hari lahir anak kami yang pertama. Walaupun kami sangat gembira tapi hati tetap sedih sebab terpaksa untuk berpisah selama 9 bulan lamanya. setelah suami selamat ke tempt latihan, dalam 3 minggu selpas itu saya mendapat tahu yang saya mengandung anak kedua. Memang sangat2 seronok tapi saya sedih kerana kali ni mengandung tanpa suami disisi.. Tapi saya tabahkan hati kuatkan semangat . Tak nak ganggu suami. Satu malam tu saya cuba nak suprise kan suami, saya call dia saya nak inform yang saya mengandung .. Tapi …. Saya tak tau kenape dia macam tak ade reaksi.. Suka ke tak suke.. Dia macam diam je.. tak etakcited macam masa saya mgandung anak yang pertama.. Tapi saya tak ade sayak ape2.. Masa suami dapat cuti dari latihan, dia diberi cuti dalam 4 hari.. Tapi yang peliknya 2 hari duduk umah dia dah bgegas nak balik. saya belum syak lagi. Cuma saya ade ptikai la kenape nak bali awal? Tapi dia cuma jawab nak balik awal sikit supaya tak kelam kabut. Kelam kabut ape pun saya tak tahula .
Patutnya dia rindu la kat anak dan isteri dia . Nak spend masa lama2 tapi dia nak balik cepat. Saya memang tak syak apa2. sehinggalah pada suatu pagi ada seorang lelaki menghubungi saya. Dia beritahu dia adalah teman lelaki kepada siti. Dan dia beritahu saya yang siti dan suami saya ada hubungan cinta di sana. Bermacam macam bukti yang dia tunjukkan pada saya dan saya cuma terdiam sekejap. Dengan keadaan saya yang tengah sarat Cuma air mata yang keluar. Semasa suami rehat tengahari dia call saya, dan masa itulah saya bertanya dan semestinya saya dalam keadaan marah. terkejut sedih kecewa semua ada. Suami tenangkan saya, dia mulalah cakap dia takde apa2 hubungan sekian sekian.. Jangan percaya cakap orang sekian sekian.. Saya tetap marah dan tak dapat nak sabar.. Saya tanya dia bermacam macam sehingga dia tak tahan .. Dia menjatuhkan talak taklik pada saya yang sekiranya saya masih lagi berhubung dengan teman lelaki siti tu, jatuh talak 1. Terdiam saya 2 hari. Dan suami pun mungkin taksgka yang dia menjatuhkan lafaz taklik tu.
pada malam tu dia terus2 menghubungi saya tapi saya tak angkat . Dia memang takut sekiranya talak tu jatuh. dia takut saya masih berhubung dengan teman lelaki siti tu. Jiwa dia tak keruan. Aktiviti di tempat latihan pun dia tak dapat nak buat dengan baik. Selepas dua hari, barulah saya angkat call dari suami dengan keadaan yang kecewa , saya terus terang yang saya dah tak berhubung lagi dengan lelaki tu. sebab saya ada otak. Ade akai. Saya masih sayang kan rumhtgga saya. saya tak nak kerana kebodohan suami, rumahtangga kami hancur. dan sejak dari hari tu suami insaf (ntah btoi ntah tidak la) dan dia berjanji tak akan berhubung lagi dengan siti.. Saya pun maafkan.. Dan saya jgk ade ber sms dengan siti. Yang bestnya saya tak maki hamun. Satu je ayat yang kasar dari saya, hey pompan. Dan selepqs itu, semua meseg yang baik2 saje sebab dia menafikan ade hubungan dengan suami dan mereka hanya berkawan. Saya pun jenis tak nak pening kepala dan terus maafkan. Dan kehidupan kami berjalan seperti biasa sehingga suami tamat latihan dan posting di tempt baru.
Semasa kami berpindah, saya ada kemas2 buku suami dan tiba2 terjumpa satu surat cinta.. Ya.. Suratt cinta suami dan si siti ni. Walaupun hal ni dah lama berlalu, tapi dulu mereka menafikan hubungan mereka. Memang mereka bercinta! kalau kawan je tak kan la b b sayang sayang. Tapi yang dapat saya perhatikan, surat suami kepada dia masih saya awak saya awak.. Tapi si siti ni b sayaang b sayaang. Disitu sejuk juga hati sebab saya teringat kata2 teman lelaki si siti ni, dia cakap yang siti ni je yang terhegeh hegeh kqt suami saya, suami just nak berkwan sahaje. Tapi suami silap la. Perempun dan laki mana boleh berkawan. Sebab selalunya ada stan di tengah tengah. Dan kerana penemuan surat itu, saya sekali lagi menghubungi si siti ini untuk bertanyakan hal ini. Dan seperti biasa , dia jawab sudah lah lupakan lah.. Hal dah lama..dia cakap Suami pun hanya bersama saya kan sekarang? Saya ni pun jenis yang mudah memaafkan . Cepat cool.. Dan dari hari itu la saya mula berkawan dengan siti ni. Hari demi hari saya dengan dia sangat rapat. Kami berjumpa juga berbeapa kali. Entah knape saya senang berkawan dengan dia. Masa ni saya yakin yang dia dah tak berhubung lagi dengan suami saya. saya lega. Tapi saya mudah kesian. Sebab dalam pada kami ni dok berkawan baik, dia ada meluahkan yang dia memang cintakan suami saya tapi suami saya tak layan. Dia sendari cakap yang bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Siti juga kata yang suami saya sayangkan saya sangat2. Boleh bayangkan tak perempuan lain berterus terang cakap cintakan suami kita sepatutnya saya parangkan dia ? Tapi saya mqsih boleh cool. Mengenangkan yang dia kini saya anggap sebagai kawan baik, saya suruh dia bersabar. kalau ade jodoh , sape saya untuk menghalang ? Saya suruh dia bagi saya masa, dan saya nak mengenali dia dengan lebih rapat.
Nak dijadikan cerita, masa saya memang tengah berkawan baik dengan siti ni, suami saya pulak buat hal lagi.. Dia berkenalan pulak dengan seorang perempun lagi. Saya kecewa sekali lagi tapi kecewa saya skejap je sebab saya ade tempat nak luahkan perasaan. Saya luah pada siti. Haha.Segala kesakitan saya terubat la bila dpt meluahkan pada orang yang saya anggap kawan baik. Saya tak sedar dalam masa yang sama, si siti ni pun sakit juga sebab dia memang menaruh hati pada suami saya. tapi saya sungguh tak sangka la yang siti akan btindak lebih brani di belakang saya. Setelah kejadian kantoi kali kedua tu, saya maafkan lagi suami. Kami hidup macam biasa lagi tapi bermula dari hari tu la si siti ni dah mula bertindak berani merisik risik suami saya. Kehidupan saya dengan suami sebenarnya bukan lah tak bahagia. Suami seorang yang baik, yang rajin dan tak culas dalam soal nafkah. Cuma mungkin sikap dia yang mahu ‘test market’.. Dan suami ni memang terkena ‘kejutan budaya’. Suami yang saya kenal dulunya seorang setia.. Dalam fikiran nya cuma fikir bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup kami dengan lebih baik. Apabila Allah mengurniakan rezeki yang lebih sikit, dia mula goyah dan hilang pertimbangan. Saya jenis mudah memaafkan.. Walaupun saya sakit dengan perbuatan suami, saya masih pandang sisi baik suami terhadap saya dan anak2. Kalau saya lembut, suami pun lembut. kalau saya naik angin, suami lagi naik angin. Salah sorang kene beralah. Dan saya jgk la yang salu beralah.
Sejak saya mengadu pada siti hari tu, siti dah mula berani menghubungi suami saya semula. mulanya atas alasan untuk menasihatkan suami supaya setia pada saya. Lama kelamaan si siti ni mula meluahkan segala perasaannya pada suami. Dan suami pun yakin di belakang saya yang yang saya dapat menerima siti kerana saya sedang bkawan baik dengannya. Dan bermula la kembali episod cinta mereka tanpa pengetahuan saya. dalam saya dok berkawan baik dengan siti, dia jgk sedang bercinta dengan suami saya . Sehinggalah suatu hari saya terbaca kiriman whatsapp siti kpada suami.. Dan mereka sudah bahasakan b sayang .. Alangkah terkejut nya saya. Dan terus saya menghubungi siti dan memaki hamun dia. Bagi saya dia tak jujur. Dia kawan makan kawan. Saya percaya kan dia tapi dia tikam belakang saya. Saya bertambah kecewa .Dulu suami saya khianat saya, tapi saya ada siti untuk meluahkan . Tapi sekarang kedua dua orang yang saya percaya khianat saya. Saya jadi tak tentu arah. Dulu masa mengandung pun saya stil bersabar dan boleh cool. Tapi kali ni angin saya lain. Saya jadi hilang sabar . Dan kerana itu siti tak tahan. Dia terus block saya di fb dan whtsapp. dan saya takdpt menghubungi nye lagi. saya juga berpesan pada suami putuskan hubungan dengan siti kalau masih sayagkan keluarganya. Berlaku sedikit pertengkaran yang hingga menyebabkan suami menjatuhkan talak kpada saya. Ya Allah tuhan saja yang tahu perasaan saya. Suami mudah sahaja melepaskan talak pada saya tanpa fikir akibat. Esoknya kami rujuk semula. Sebab hakikatnya memang saya dan suami masih saling menyayangi. Anak2 pun masih kecil. Masih perlukan kasih sayang kami. Saya bermusahabah diri, mencari silap saya pada suami. Saya mengaku saya bukan macam siti. Saya tak manja. tak pandai ambil hati suami dan keras. kaku di sepanjang 5 tahun perkahwinan. Dan kerana itu saya mengizinakan suami bernikah lagi satu. mudahnya kan saya?saya buat ni semua semata mata untuk membahgiakan hati suami saya.
Hubungan saya dan siti memang sudah dingin. Saya ade menghantar padanya artikel tentang perampas suami orang, dia hanya membalas ni semua TAKDIR dan JODOH dia. Saya agak marah disitu… Saya jawab pada dia masa mula2 kenal dulu dah tahu dia tu suami orang kenapa masih menyondol juga ? Dah tersangkut baru nak cakap takdir? Sejak dari itu dia memang berdendam dengan saya dan banyak menyakitkan hati saya. Cinta dia sudah tak bertepuk sebelah tangan. Kerana suami benar2 dah jatuh cinta pada dia. Dan suami mula membuat permohonan poligami.Apabila suami dah mula nekad untuk berkahwin dengan dia hati saya hancur lagi. Saya lalai.Selama ni saya fikir yang benda ni takkan berlaku. Saya yakin suami takkan berani untuk buat semua ni. Saya silap.. Di belakang saya , mereka bercinta dan berjanji mcm2. Ada masa terluang suami akan keluar senyap2 untuk dating bersama siti. Siti selepas kejadian saya memarahi dia, terus block dan tak menghubungi saya. Dia dah takpedulikan perasaan saya.perasaan isteri orang. Yang punting cinta mereka bersatu. Isteri mn yang tak sedih, kita setia menunganggu dia dengan anak2 dirumah, rupa rupanya mereka tengah berseronok di luar. Saya tak paham kenapa saya diuji dengan suami yang dlu nya sangat setia dan sayag kan saya.. Akhirnya begini jadinya.. Dan knape siti tergamak melukai hati kaum sejenisnya ? Siti pernah berjanji yang dia takkan melukai hati saya seperti mana ayah dia melukai hati mama dia . Ayahnya juga berkahwin lain dan mengabaikan isteri dan anak2. Dia mgkin perempuan yang mudah lupa setelah angau bercinta dengan suami orang ..
Dan kehidupan saya dengan suami tak seindah dulu.. Kerap bergaduh disebabkan hal2 kecil. Tapi kebanyakannya saya yang beralah. Suami takkan pujuk dan minta maaf pada saya. Egonya sangat tgi. Pada tahun seterusnya saya diceraikan lagi. Tapi kali yang kedua ini talak tidak sah. Dia memang berniat tapi lafaz nye tidak sah. Maka tak jatuh. Saya mengucapkan syukur kerana hubungan kami masih selamat tetapi suami tak happy. Sebab dia memang dah takde perasaan pada saya. Allahu.. Dahla suami diambil orang dan dalam sekelip mata suami dah takde perasaan pada kita.. Siti, Semasa tahu yang talak kedua ni tak jatuh dia lah orang yang paling happy. Kalau boleh, dia tak nak suami dan saya bersatu.
Katanya saya tak pandai jaga hati suami saya tak pundai melayan suami saya tak manja Saya sibuk hal rumahtgga tapi saya tak ambil berat hal suami. Saya pun terkedu. Kenapa dia lebih tahu hal rumahtgga saya ? Kenapa suami tak pernah pun meluah kan itu semua pada saya ? Tapi saya tetap mgaku dengan kesalahan saya yang tak pandai jaga suami. Dan kerana itulah saya izinakan mereka berkahwin. Saya nak bahgiakan suami . Hakikatnya, kalau suami saya meluahkan kesalahan saya pada saya, tak perlu pun ada orang ketiga. Saya bukan lah manusia yang degil tak dengar kata suami. Suami yang memendam tak nak menegur. Kita ni kadang sebagai isteri ada benda kita lalai, suami lah yang perlu membimbing. Adakah dengan bercinta dan meluahkan pada orang lain masalah rumahtgaa kami akn selesai? Saya takboleh pertikai dh semua ni sebab mereka memang dah nekad untuk berkahwin. Tetapi kesalahan saya yang mereka bangkitkan tak boleh menghalalkan cara mereka .. Siti, tanpa segan silu berpeluk dengan suami saya dan bergambar..dia sgup cuci gambar tu dan letakkan di dalam purse suami. Dan satu hari saya tjumpa gmbr intim tu. Saya jadi sakitt. Tapi suami diamkan. Entahlah. Mgkin bg suami itu semua tak salah. Katanya siti tu bakal isteri dia. jadi tak salah.
Dan hari ke hari hati saya hanya disakiti. Siti lagsung tak datang untuk berbaik dengan saya.. Dia banyak mengawal suami saya. Sampaikan akaun fb suami saya pun dia kawal. Dia unfriend saya dan block saya dari fb suami saya. Dia delete segala kenangan2 gambar saya dan suami. Dan bila saya bertanya suami, suami hanya jawab ni semua hal kecil. Dan kerana hal kecil ini saya ditalak lagi.. Kali ni tanpa sengaja..berlaku pergaduhan kecil. Salah saya jugak. saya tak boleh nak kawal marah saya. Saya ditalak semasa suami sedang membuat persiapan berbuka puasa dengan siti.. Kalau kuasa talak ada pada saya, mgkin suami dah kene bertalak talak. Tapi kuasa talak pada suami.. Pun tak slmt.. Sebab suami sangat mudah melafazkan. Kerana marah dia pada saya. Dan kerana marah saya pada siti…Nampak jelas puncanya pada siti tapi hakikatnya , saya dan suami yang bersalah. Mgkin ikatan kami tak kuat dan kejahilan dalam ilmu rumahtgga. Saya melalui ramadan tahun ni dengan hati yang sangat sedih. Kali ini, kami memilih untuk tidak bersama lagi.. Dan saya biarkan suami saya memilih siti sebagai isterinya. Tak perlu lagi nak memadukan kami. Mulut saya memang kata taknak bersama.. Tapi hati saya hanya Allah yang tahu.. Betapa sedihnya saya kehilangan suami.. Jika saya diberi peluang untuk menjadi pengarah dariama kpada kehidupan saya, saya nak jadikan watak suami saya seorang yang tegas jika ingin berpoligami.. Jangan terlalu lemah dengan membiarkan orang lain mengawal kehidupannya, dan watak siti pula sbgai seorang wanita yang faham dan sentiasa merendah diri dengan saya. Boleh berbaik dengan saya. Bukannya saya tak terima, walau berat saya terima.. Kalau tak terima, saya tak akan memberi keizinan bertulis di mahkamah sayaariah.. Jadi knapa siti masih berkeras untuk berpatah arang dengan saya?
Wahai siti .. Moga suatu hari nanti Allah akn bg keinsafan pada awak dan suami saya. Memang mudah cinta suami saya beralih pada awak. Dan saya tak mampu lagi untuk mendapatkan cinta suami saya. 11 tahun perkenalan berakhir begitu saja. Awak memilih tarikh perkahwinan sama bulan dengan tarikh perkahwinan kami dlu. Awak benar2 nak singkirkan saya dari kehidupan suami saya. Kalau betul pun saya isteri yang jahat selama ni, saya perlu doa dari suami saya untuk membimbing saya kearah lebih baik. Bkn buang saya dan memilih awak. Saya sedih.. Anak2 saya masih kecil.. Seorang lelaki seorang perempuan. Awak bertuah. Dia pilih awak dia tolak kami bertiga. Mgkin selepas ini dia takkan abaikan nafkah anak2 tapi ksh sayag mgkin tak sama mcm dulu. Semua hanya tinggal kenangan.. Harapan saya masih satu.. Saya pohon Allah membalikkan hati suami saya kembali menyayangi kami seperti dlu sblum dia bertemu awak siti.. Kerana awak segalanya berubah.. Kepada perempuan di luar sana yang berkenan dengan suami orang, elakkan la.. Korang tak tahu apa yang dah pasangan tu lalui.. Masa susah dorang. Korang sng je nak masuk menumpang.. Kalau nak sangat menumpang, menumpang la dengan cara yang baik.. Jangan la pisahkan keluarga yang pernah bahagia dlu..untuk bekas suami saya, dah 3 tahun saya cuba untuk bertahan seksa tapi akhirnya hbgn kita tak kesampaian juga. syawal kali ni, saya masakkan rendang yang terakhir untuk dia .. Walaupun sedap , mgkin bagi dia dah tak sesedap seperti dulu.. Thanaks admin..