Assalamualaikum, admin. Saya nak kongsi kisah pasal mil saya. Tolong hidekan profile. Saya penjawat awam. Suami saya keja swasta. Kami dh kawin 6 tahun. Kami kawin atas dasar sama suka. Rumah parents kami pon tak jauh dalam 20 minit perjalnan.
Saya meluahkan perasaan saya pasal mil. Saya dalam pantang anak ke3. Saya berpantang di rumah mak saya. Rumah kami tak jauh dari rumah mak dalam 10 km. Klau rumah kami ke rumah mil dlm 30 minit. SETIAP KALI SAYA NAK BERSALIN ATAU PANTANG, MESTI MIL BUAT PERANGAI. Buat pengetahuan admin, hubungan husband saya dengan umi dia tak rapat sebelum kami kawin… Anak kesayangannya adalah anak bongsu dia.
Masa saya nak bersalin anak pertama saya, dia suruh husband saya bawak dia pergi kenduri sedara mereka. Tinggalkan saya seorang. Buat pengetahuan, suami saya ada 2 orang kakak, 1 abang dan 2 orang adik lelaki yang belum berkahwin. Ayahnya masih hidup. Sedangkan saya, ayah saya sakit. Ibu saya juga ayah. Ada 2 orang adik msih balajar… Saya sabar aja dengan perangai mak mertua saya. Bila anak pertama lahir, dia kata anak saya hodoh. Sedangkn anak saya cerah. Wajah anak saya macam ayah saya. Mungkin dia tak suka kot.
Masa pantang anak saya ke 2, mak saya tak dapat juga saya sebab saya ikut husband dok penang. Ayah dan mak saya blik kg di Melaka sebab saudara ayah bawa pergi berubat Selepas balik dari rumah MIL, suami blik marah2 dan pukul saya. Tapi tak teruk la. Tak tahu la apa MIL dok membawang kat anak dia sampai satu hari saya mengamuk. Saya dah sampai pejabat agama nak minta cerai. Tapi husband saya menangis. Dia kata kesian anak2 yang masih kecil. Saya mengalah. Mak ayah pon kat anak2 masih kecil.
Saya berdepan dengan MIL, saya cakap
Umi kalau tak suka saya suruh saja anak umi ceraikan saya sebab saya tiada masalah rumah dan kereta saya yang beli.. Bukan nak sombong ke bongkak tapi realitinya saya yang bli… kebanyakkan perbelanjaan saya yang tanggung.
Lagipun, mak ayah saya bukan orang susah. Mil pon minta maaf. Aman balik. Sampai di saat saya bersalin anak ke3. Time saya bersalin, husband saya ulang alik dari rumah umi dia sebab berdekatan dengan hospital. Lepas, saya bersalin, saya cari husband dia tak ada. Nurse call, takdapat dan masuk voice mail. Sedihnya, barang2 saya ada kat dia. Saya lapar nak makan selepas sampai di wad dari labour room pukul 8 malam. Kawan2 yang duduk satu bilik bagi milo dan biskut kat saya… sedih sangat. Dah la.. nak msuk labour room, dia dok rumah mak dia, tak jenguk saya.
Lepas bersalin pon dok rumah mak. Sebab sedara mara dia ada. Frustrated. Pukul 11 malam, baru jenguk. Terasa nak bercerai. Baru2 ni, bidan datang rumah nak mengurut. Mak saya tak sihat nak urus anak2 saya. Nak urus ayah yang sakit lagi. Husband boleh dok rumah umi dia, tak datang2 rumah mak saya untuk urus anak2 saya. Geram btul… bila suruh, juga cucu tak mau. Dia bagi alasan…
Saya rs nak mengamuk kt MIL. Tapi mak saya halang…
Bila saya call dia tanya mana husband saya, dia cakap dia suruh husbang potong rumput. Rasa nak maki je. Time cuti, datang la tengok anak2. Saya nak berurut. Nak bertungku. Nanti badan tak cantik husband kata plak. Saya tak cukup rehat urus anak2. Duit pon husband saya tak hulur. Cuma duit susu dan pampers anak dia bagi. Sedihnya.
Saya sabar sebab tunggu anak2 besar je. Klaau takda perubahan, adios la husband saya dengan MIL. Nak suruh MIL kurung anak dia dlm rumah dan tak payah bagi kawin. Saya akan bersabar smpai saat tak sabar dah.. SEKIAN. TERIMA KASIH ADMIN.




