Assalamualaikum min dan readers. Straight to the point, saya seorang wanita sudah berkeluarga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang sangat menenangkan jiwa. Cerita ini saya buka dan nak kongsi Bersama readers untuk minta pandangan apa langkah sebaiknya yang perlu saya ambil, selain perceraian. Sebelum berkahwin dengan suami, suami pernah kantoi mesej dengan kawan lelaki dia. dalam mesej tu kawan suami si A pesan pada suami saya lebih kurang begini; Z, nanti pesan kat awek ko jangan kunci pintu, bini aku nak ambik barang.) masa saya baca mesej ni, kami baru sahaja bertunang tak sampai seminggu. Selepas kantoi, saya minta suami jelaskan pada saya apa semua tu, dia simpan perempuan kat rumah? Rumah mana? Semua persoalan saya dia tak dapat jawab bahkan saya pulak yang dimarahi.
Suami saya kerja outstation, dan dia tak ada rumah sewa kat mana2 pun sepanjang pengetahuan saya la.
Terlalu kecewa dan tak sangka, saya ambik keputusan untuk putuskan pertunangan, dan sekat semuanya. Selepas lebih kurang 4 5 hari dia tak dapat contact saya, dia datang office saya dan ugut nak jelaskan semuanya. Kenapa ya baru sekarang nak jelaskan. Dia pun pungpang pungpang la from A to Z. Suami saya jelaskan rumah tu rumah isteri si A, suami saya pada awalnya nak sewa, tapi tak jadi dan suami terpaksa cari orang lain untuk ganti dia. Suami jumpa si ‘awek’ ni dan direct contact dengan dia. Suami jelaskan lagi, lelaki panggil perempuan memang panggil ‘awek’, bukannya si A maksudkan perempuan tu awek suami saya. Lebih kurang begitu.
disebabkan saya ni seorang perempuan yang setia, yang cepat memaafkan, saya terima dia balik dan dipendekkan cerita, kami pun sah bernikah. Perjalanan sebelum bernikah sangatlah berliku, suami saya bukan seorang lelaki yang dididik keluarganya untuk jadi seorang lelaki yang berdikari, memudahkan orang lain, dan ada ciri pemimpin yang bagus (now I just realized). Saya pula berbeza dengan dia, saya dididik berdikari dari kecil, dan buat hampir semuanya sendiri selagi saya mampu tak minta bantuan orang lain. Persiapan kahwin, nikah kebanyakannya saya sediakan sendiri kecuali bab makan kenduri diuruskan keluarga.
Suami? Semuanya keluarga dia yang buat. Even masa hari kami nak nikah pun saya dapat tahu suami bangun lambat. Persiapan tunang, kawin, dia tak take part. Dia hanya tido dan mengadu letih (letih buat apa pun tak tau la).
Saya jangka suami akan berubah lepas anak lahir. Tapi saya tengok makin teruk. Selepas kahwin, saya sebolehnya tak nak toleh ke masa belakang suami, sebab saya juga ada kekurangan dan dosa sendiri. Saya cuma nak rumahtangga kami aman tapi manakan boleh, gaduh semua asam garam kehidupan berkeluarga kan. Selepas kahwin, suami kantoi main judi dan minta tolong saya. Saya tolong, hutang dia lebih kurang rm3000, bayar pada ALONG.
Saya guna duit baki simpanan kami (baca; duit personal loan untuk kahwin) untuk tolong dia. masa tu saya baru disahkan hamil 5 minggu. Kecewa, ya sangat kecewa sebab saya tak pernah jangka dan sangka dia seorang lelaki yang bermain judi. Tak ada kat muka dia ciri-ciri seorang pemain judi langsung. dan macam biasa, I am being me, saya maafkan dia sebab dia janji tak buat lagi (b0d0h nya saya ni senang sangat nak percaya). Kami teruskan hidup macam biasa, dan sepanjang saya hamil, dia tak pernah bawa saya ke mana yang saya minta dengan alasan duit tak ada. Kadang tu saya cuma mintak jalan-jalan taman sebab nak ambik udara segar, dia tak nak jugak bawa alasan orang ramai, semak.
Saya akur sebab malas nak gaduh dan sampai anak lahir pun dia masih sama. Saya tak sempat nak rasa mengidam, sebab saya tau kalau saya nak makan atau pergi mana2 walhal dekat pun suami tak kan bawak. Saya teringin nak makan burger bawah rumah pun suami malas nak keluar, dia suruh makan apa je yang ada kat rumah. Kadang tu saya bukan nak makan sangat, saya Cuma nak perhatian lebih je. Sepanjang saya hamil, apa yang saya teringin semua saya beli sendiri, carik sendiri. Nasib baik saya boleh drive sendiri dan bekerja. ada satu hari, saya cek hp suami, saya trace history website yang dia pernah buka, terkejutnya saya tiap -tiap hari, suami buka website p0rn0grafi, saya terkejut dan mengucap panjang. Terlalu banyak.
Sebelum ni saya tengok app manager dia, ada apps main judi online, tapi tak pakai duit, dan baru2 ni saya tengok balik, ada yang pakai duit punya sebab ada display RM +++ kat page tu. Saya buka galeri pulak, ada gambar perempuan bogel satu folder. Belum lagi campur gambar b0gel dari group whatsapp kawan2 tempat kerja dia. saya tiba-tiba rasa jijik dengan suami, dan tiap kali bersama, saya rasa takut, seram. Macam2 ada dalam kepala otak saya, suami saya pernah tidur dengan perempuan lain ke, saya akan kena penyakit ke, macam-macam lagi lah. And the worst part yang paling saya tak boleh blah is, saya ada kat sebelah suami, suami boleh layan p0rn lagi! Macam mana saya tau? Saya trace la website history fon suami.
Memang saya ingat pada masa dan ketika itu, suami ada sebelah saya dan saya terjaga pun dalam waktu yang sama. Dan ada satu petang weekend baru ni, suami ajak Bersama betul2 lepas dia habis tengok p0rn! kebangangan apakah ini. Dan sebelum kantoi pasal video tu, suami kantoi lagi dengan aplikasi Beetalk. Tuhan nak tunjuk, ada satu malam saya spot check hp dia, kebetulan dia lupa logout Beetalk dan keluarlah semua chat2 dia dengan ayam dari negara seberang, dan perempuan2 dalam negara kita yang gers4ng dan l0nely tengah2 malam. ada satu daripadanya chatting dengan bini orang yang mengadu pasal suami dia. saya terus menangis diam-diam cover baca satu persatu chat suami dengan mereka.
Yang paling saya sedih terkilan, mesej suami tanya harga langganan pekerja s3ks dari negara seberang, suami tanya nk jumpa kat mana, boleh pakai k0nd0m tak, bayaran berapa, dan yang paling teruk, boleh sekali dua orang ke. Laju air mata saya mengalir. Saya terkejut sebab sangat tak sangka suami ada behavi0ur to that extend. Sekarang saya suspek suami saya gile s3ks. Saya takut kalau kami ada anak perempuan, kalau dia tak berubah, akan jadi sumbang m@hram. Sekarang lepas dia tengok p0rn, dia boleh lepaskan kat saya, kalau saya tak ada nanti, dia akan buat benda yang sama kat anak perempuan kami ke??? Saya dah give up sangat dan saya sekarang fikir nak bercerai saja untuk selamatkan diri dan anak.
Nasib baik anak kami baru 1 dan anak lelaki. Saya betul tak boleh nampak masa depan kami cerah lepas ni. Saya ada pergi jumpa ustad dan ustad pesan amalkan solat hajat taubat dan sunat dan doakan suami semoga berubah. Tapi bila saya dah berusaha dan masih tak berhasil, terpulang pada saya untuk teruskan atau tak. Dan sekarang saya rasa saya tak mampu. Bukan saja sebab suami gagal bimbing saya dari segi agama, dari segala segi dia gagal. Uruskan anak? gagal. Bantu Urus rumahtangga? Gagal. Duit nafkah? Gagal dan suami sering ungkit saya suka membazir dan tak pandai menyimpan.
Dan tiba-tiba saya teringat kes suami masa kami lepas bertunang dulu… maksudnya betul ke selama ni dia memang melanggan ayam sejak dari sebelum saya kenal dia lagi. Astaghfirullahaladzim hanya Allah yang tahu dan hanya pada Allah saya serahkan segalanya. Saya tak nampak jalan lain selain perceraian, sebab saya tak nampak suami nak berubah ataupun usaha walau sedikit nak berubah. Saya dah almost give up tapi saya masih bertahan untuk sehari dua ini demi anak kami dan saya tak boleh menyesal berkahwin dengan suami kerana dia pilihan saya sendiri. Tapi kalau perpisahan jalan yang terbaik, saya terpaksa.




