Salam admin dan warga krt. Terima kasih kalau admin share. Cuma nak luah dan tanya beberapa soalan kat smua. Mcm mana eh nak buat, laki aku mcm ni :
1. Pak cik bawang.
Seriously aku tak tahu perangai ni sblum nikah sebab bkawan cuma setahun tapi bukan slalu contact lama2. Jarang kluar sebab dia keje. Aku ni kalau dia nak membawang biasa2 tak pe la. Tapi ad 1x tu, dia membawang psal aku pulak dah. Aku baru habis pantang. Dia kata kat orang yang dok melawat, dia la yang bangun tiap2 malam jaga anak aku tido je kejenye. Ye la aku tak nafi mmg dia ada bangun tapi dia punya propa mcm aku tak penah buat apa2 untuk anak aku. Dia je la yang rajin kononnya. Aku bangun malam jugak. Jadi aku terpaksa berlagak macam pompuan yang beruntung sebab dpat laki mcm dia tapi still rasa tak sdap sebab orang pndang aku sbg ibu malas. Sebab cara laki aku membawang tu mmg nak bagi orang kecam aku. Aku stress.
2. Tak reti menghargai.
Birthday dia aku buat kek karamel sendiri Sebab aku mana ada duit nak beli kek kat dia kek smua mahal dia bukan bagi duit pon tapi dia tak makan pon. Aku bagi hadiah beg sandang kat dia. Ye la rm30 punya je tapi min, rm31 je yang mmg ada dlm akaun maybank aku. Aku bagi smuanya kat dia. Tu je aku mampu. Dia boleh kata “beg china je ni”. Lepas tu tak pakai. Berlagak sungguh! Aku rasa nak bakar beg tu sebab stiap kali aku pndg, aku jadi nak menangis. Usaha aku menjahit untuk dpatkan rm30. Beli hadiah kat dia. Tapi mcm tu dia punya respon. Aku jenis mekap SETIAP MALAM SEJAK NIKAH KECUALI WAKTU PANTANG sblum dia balik keje. Tapi tak penah pon dia puji usaha aku. Aku dah mekap mcm barbie doll pon dia boleh kata aku buang tebiat. Pdahal baru 44 hari aku berenti mekap sebab berpantang. Sedih aku rasa mcm taknak mekap dah. Rambut aku potong elok2 pon dia kata mcm p0ndan. Aku cuma nak nampak cantik dpn dia. Aku buat sndiri sebab dia tak mampu lagi nak cantikkan aku. Tapi?? Hmm.
3. Tak bagi duit belanja.
Gaji RM1800, lpas aku beranak, rm10 pon tak hulur dah kat aku. Nak kata habiskan duit untuk anak, aku rasa aku dah tolong banyak jugak. Tu pon aku guna duit cicir2 menjahit tudung. Ape la sgt. Aku pon akan bekerja kerajaan insyaallah bulan depan. Tapi takkan la sebab tahu aku akan kerja, dia buat aku mcm ni? Tak hulur langsung. Kdg dia mcm perli aku pulak. Kata “baru dapat keje kerajaan, dah lupa gosok baju abg” pdhal masa tu aku tgh mandikan anak kot. Alahai. Dia keje tukang masak. Kalau aku masak mmg dia tak makan. Berlagak btol !
4. Dia suka tgok pompuan dalam insta, fb. Kalau dia bukak insta, asyik tgok bdk2 tiktok dok terkinja2 tunjuk dada. Ape kejadahnye lahhh. Aku selalu tutup. Kdg kalau geram aku rampas hp dr dia. Tapi dia anggap aku berguraw pulak dah.
5. Janji palsu.
Dia kata lpas aku habis pantang dia akan belanja aku lamb chop sebab dia kan tukang masak. Smpai skrg har@mmm. Tak ada pon. Nak kata takut effect anak, aku tak boleh bf baby sebab susu kurang. Hmm. Lpas tu kata nak bagi aku hadiah sebab aku lulus temuduga keje. Dia tanya nak ape. Aku cakap la aku nak al quran dan nak campur dengan duit mas kawen dulu. Aku simpan lagi sebab nak jadikan pahala buat suami aku. Tapi dia diamkan aje smpai skrg.
6. Suka kawan dengan perempuan.
Kalau boleh nak cari keje yang smua pekerjanya perempuan. Ni mmg aku tak tahu sjak sblum nikah. Sebab dulu dia keje dengan lelaki je. Dia punya baik dengan kawan pompuan dia smpai pencuci muka aku pon kena rembat sebab nak bagi pompuan tu. Aku berapi jugak. Dah kalau tahu muka banyak jerawat, perlu ke nak mintak kat laki orang pencuci muka? Yang laki aku pon boleh tahan gediknya. Dah la tak bagi duit beli barang keperluan aku. Pncuci muka aku pakai jimat2 tu pon dia boleh sebat bagi pompuan lain. Haih berapi wehh. Paling tak boleh blah, cerita kawan keje dia lagi hot. Smua pakai tudung atas dada. Cerita kat aku anak sdara bos umur baru 15 tapi dada tersembul keluar. Kalau korang jadi aku, ape yang korang rasa?
Aku stiap kali dgar, aku terus sentap dan diam terus. Kdg aku nanges. Aku tak mampu nak tahan pedihnya hati.
Orangnya solat tapi knp matanya jahat? Aku pon ada smua tu, tapi kenapa masih cari orang lain?? Aku tak cantik?aku bukan tak cantik, tapi aku tak smpat nak rapikan diri aku sjak aku ada anak, dan dia asyik tido tido tido. Tambah pulak. Tak penah hulur duit untuk kcantikan aku sjak nikah.
7. Suka melengah dan malukan aku. Kami skrg tggal di rumah mak aku sebab dia tak mampu nak menyewa. Tahu je la bila dah dduk skli. Tapi laki aku alahai payahnye nak hulur duit makan smpai mak aku mintak kat aku. Aku ni berharap sgt cpatlah aku dpat keje spy aku dpt krgkan beban mak aku. Tggal kat kuarters. Malas dah aku nak mgharap ngn laki aku. gaya mcm mmg taknak menyewa sebab dia tahu aku akan kerja. Gaji aku 2xganda gaji dia. Tapi. Tu kan duit aku. Selalu perli aku dpn mak aku. Selalu kata aku ni buat apa lah nak menjahit bagai. Lpas tu penat salahkan orang. Pdhal dr duit menjahit tu lah aku beli barang aku sndiri. Bedak compact dekat setahun ni baru dapat beli. Pdhal rm10 je. Dasar kedekut. Blh bg idea ap ak plu buat?




